"Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan ini. Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya."
Itulah tutur pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 49, dimana dia melakar satu lagi detik manis dalam perjalanan seninya apabila menerima anugerah darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Penganugerahan yang berlangsung hari ini turut menyaksikan beberapa tokoh lain dari pelbagai bidang menerima darjah kebesaran masing-masing.
Dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau pada Isnin, Rita menerima Pingat Jasa Baik (PJB), sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaiannya dalam bidang seni tanah air khususnya lakonan, selain usaha murninya terhadap aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan.
Klik untuk gambar besar
Kata Rita, penghargaan ini menyunt1k semangat dirinya untuk terus berkarya dengan lebih tekun dan berintegriti.
"Ini juga menjadi peringatan bahawa setiap usaha yang ikhlas dan jujur akan ada nilainya, lambat atau cepat. Saya berharap agar pengiktirafan ini turut menjadi inspirasi kepada anak seni lain agar terus berkarya dengan penuh dedikasi dan menjaga maruah profesion sebagai insan seni," ujarnya.
Rita dalam masa sama turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis dan semua pihak yang banyak memberi sokongan sepanjang kerjayanya.
"Terima kasih kepada Exco kerajaan negeri yang terbabit atas pengiktirafan ini. Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti.
"Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya.
"Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan daripada dulu sampai sekarang," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment