Kira-kira jam 1 pagi Selasa, gitaris kumpulan Spring iaitu Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail, 56, dilaporkan telah meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Miri, Sarawak.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid menerusi hantaran terbaharu di media sosial miliknya.
"Saya dengan penuh rasa hiba dan duk@cita ingin mengucapkan takziah atas pemergian sahabat lama Iskandar Spring yang telah kembali ke rahmatullah.
"Arwah bukan sekadar seorang pemuzik berbakat dan pengasas kumpulan Spring, malah juga seorang sahabat seperjuangan yang sangat dekat di hati saya.
"Kami pernah bekerja rapat semasa saya bertugas di Sony Music, di mana kumpulan Spring berada di bawah jagaan saya ketika itu. Hubungan kami bukan sekadar profesional, malah penuh nilai persahabatan dan saling menghormati," katanya.
Ujarnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham adalah untuk memberi sumbangan kepada selebriti berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Kali terakhir kami berhubung ketika saya menyampaikan sedikit sumbangan. Suaranya tetap tenang, sabar dan penuh rasa syukur walaupun dalam ujian yang berat," jelasnya yang juga menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.
"Arwah tidak pernah dilupakan oleh sahabat-sahabat seni. Malah kami di Konsortium Irama, bersama PJ Art Lane, Ameng Spring, dan Umarul Iklim pernah menganjurkan program amal khas untuk membantu meringankan beban beliau ketika sedang uzur.
"Program itu bukan sekadar mengumpul dana, tetapi lambang kasih dan setia kawan dalam dunia seni tanah air. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat dunia muzik Malaysia. Legasi arwah akan terus dikenang," jelasnya.
Difahamkan jenazah Allahyarham Iskandar sedang dimandikan dan disolatkan di masjid serta akan dikebumikan pagi ini.
Sebelum ini Allahyarham diduga dengan pelbagai mas@lah kesihatan seperti diab£tes, kesuk@ran bertutur, lumpuh selain perlu menjalani rawatan dialisis akib@t k0mplikasi buah pinggang dialaminya.
Untuk info, kumpulan Spring diasaskan oleh Iskandar pada 1987. Pada asalnya, kumpulan ini diberi nama sebagai Anthem dengan dianggotai oleh Zaha (gitaris) dan Amat selaku vokalis.
Ketika proses rakaman album pertama pada 1990, Amat meninggalkan kumpulan ini kerana mas@lah kesihatan dan digantikan dengan Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail.
Antara lagu-lagu popular Spring termasuk 'Bourgenvilla', 'Sampai Hati', 'Sinar Abadi' dan 'Rapuh'.
Pada 2019, Iskandar mengambil keputusan untuk bersara kerana berdepan mas@lah kesihatan antaranya g0ut dimana peny@kit itu menyuk@rkan pergerakannya sebagai pemain gitar, malah lebih 10 tahun Iskandar solat di atas kerusi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment