"Selepas menjalani pemb£dahan membuang ketumbuhan dalam perut, rahim dan ovari dikeluarkan kerana ada 'cyst', saya sudah tak boleh mengandung.
"Beza umur kami hampir 15 tahun, jadi saya pernah suruh dia (Anas) bernikah lain sebab saya tak boleh berikan zuriat, saya suruh cari tapi dia tak mahu.
"Sampai saya pernah cuba jodohkan dia dengan kawan kepada kawan saya, namun semuanya gag@l sebab suami saya tak menunjukkan minat."
Demikian kata pelakon Emma Akma dimana dia mendedahkan pernah meminta suaminya, Mohd Anas Abd Razak, berkahwin lain kerana dia tidak lagi mampu memberikan zuriat selepas menjalani pemb£dahan membuang ketumbuhan dalam perut serta mengeluarkan rahim dan ovari akib@t 'cyst'.
Kata Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 56, cadangannya itu bagaimanapun ditolak suami, malah cubaan dia mahu menjodohkan Anas dengan wanita lain juga tidak pernah berhasil kerana rasa cinta suaminya itu mendalam terhadapnya.
Klik untuk gambar besar
"Andai kata suatu hari nanti jodoh dia berkahwin lain itu tiba, saya reda. Kita tak tahu apa boleh jadi pada masa hadapan, jika jodoh dia sampai, kahwin sajalah dan saya sendiri sanggup pinangkan wanita itu untuk suami saya," jelasnya.
Untuk makluman, Emma berkahwin dengan Anas pada 31 Mei 2019 dan perkahwinan ini merupakan yang keenam buat pelakon itu.
Sebelum ini, media melaporkan Emma disahkan menghidap kans£r perut serta ketumbuhan 'cyst' sebesar saiz bola sepak yang boleh menc@but nyawanya jika tidak dib£dah segera.
Sejak berita mengenai kes@kitan yang dialami mendapat perhatian, Emma berjaya menjalani pemb£dahan di Institut Kans£r Negara (IKN) pada Ogos 2021, hasil sumbangan daripada orang ramai yang menghulurkan bantuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment