"Fasal anak sebenarnya saya tidak berminat untuk membesarkan lagi isu ini. Itu pilihan dia (Marissa), biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, ia akan berpanjangan (jodoh).
"Kalau tidak baik, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan," ujar pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dimana dia tidak mahu membicarakan soal rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang tidak henti menjadi sas@ran khalayak.
Jelas Abby atau sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia reda dengan pilihan Marissa yang memilih menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam, selain mahu anaknya itu melalui sendiri pengalaman berumah tangga.
Tambah Abby lagi, apa pun yang berlaku Marissa tetap anak kandungnya dan hubungan keluarga mereka berada dalam keadaan baik dan memohon doa daripada orang ramai.
Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik," tuturnya yang enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Marissa, sebaliknya memberitahu, mereka tidak mempunyai sebarang mas@lah.
Pada Disember 2023, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan pernikahan itu menjadi bualan netizen kerana ketika bernikah dengan Marissa, Aslam merupakan suami kepada Umisya Mazlan.
Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020. Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Untuk makluman, Marissa merupakan anak hasil perkahwinan Abby dengan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim pada 2002, namun pasangan selebriti ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 2009.
Selain Marissa, Abby dan Norman dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment