Arwah (Iskandar) selalu ceria dan paling popular sebab 'handsome' (kacak) dan boleh dikatakan kalau ada dia, kita tidak boleh bercakap, kita hanya mendengar.
"Tidak sangka dia yang ceria, diuji dengan peny@kit sebegitu. Arwah juga paling 'handsome' dan sebenarnya, Spring popular kerana dia, bukan saya.
"Pada awal kemunculan dahulu, peminat arwah paling ramai. Kalau 'show' di mana-mana, anggota lain terpaksa 'escort' dia. Arwah duduk tengah dan kami keliling dia.
"Sampai begitu peminat hendak s£rbu sebab arwah 'handsome'. Boleh dikatakan Spring, tertumpu kepada dia. Jadi, kami terkejut dengan berita pemergian arwah sebaik dimaklumkan isterinya, Cecilia pagi tadi."
Itulah kata vokalis Spring, Ameng yang mengenang sahabat baiknya, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail atau lebih dikenali sebagai Iskandar Spring yang meninggal dunia di kediaman di Miri, Sarawak, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata, Allahyarham Iskandar yang menubuhkan kumpulan Spring pada 1987, sangat dikenali dengan sikap ceria dan suka bercakap.
Jelas Ameng, dia menerima berita pemergian Iskandar daripada isteri Allahyarham, Nur Hidayah Cecilia yang memberitahu, arwah suaminya mengadu penat dan hendak tidur, sebelum disedari menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
"Cecilia beritahu malam tadi Iskandar sudah nampak lain, jadi, dia tolong bantu tidur sambil membacakan ayat Al-Quran dan ajar mengucap. Kemudian pada jam 1.30 pagi Iskandar sudah pergi.
"Kami juga dimaklumkan, jenazah sudah siap mandi dan disolatkan. Solat jenazah diimamkan oleh anaknya. Iskandar mempunyai tiga orang anak lelaki dan semuanya adalah lulusan tahfiz.
"Anak-anaknya juga dikatakan pernah menjadi imam untuk solat terawih di masjid-masjid. Alhamdulillah, urusan di sana dipermudahkan. Saya hendak pergi ke Miri, Sarawak, pula jauh, jadi saya hanya mampu mendoakan buat arwah," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Allahyarham bagaimanapun berhijrah ke Seremban, Negeri Sembilan dan kembali bertemu ketika arwah menubuhkan Spring.
"Arwah adalah ketua kumpulan Spring dan saya bukanlah anggota asal. Saya sertai Spring kerana menggantikan penyanyi asalnya, Amat, yang s@kit. Apabila sertai Spring, kami dianggap 'jejak kasih'.
"Jadi, saya berkawan dengan arwah sepanjang hidup saya, lebih 50 tahun apabila kami mula berkawan di sekolah," jelasnya yamg turut memberitahu, sejak Allahyarham Iskandar berpindah ke Miri, mereka tidak lagi bertemu dan hanya berkomunikasi menerusi telefon.
"Sebelum ini mereka menetap di Seremban dan kemudiannya dia s@kit, isterinya memutuskan untuk berpindah ke kampung halaman Cecilia di Miri. Apabila di sana, ramai yang boleh membantu dia menjaga Iskandar kerana keluarga Cecilia menetap di sana.
"Mereka mengusahakan kafe dan Cecilia bekerja di salun. Tetapi, sejak enam bulan lalu, kesihatan Iskandar makin mer0sot, bercakap pun kurang faham. Saya selalu telefon dia dan bercakap mengenai r0yalti.
"Jadi. dari situ saya sudah nampak keadaan kesihatannya makin mer0sot, tapi tak sangka pula dia pergi secepat ini," ujarnya.
Terdahulu, Iskandar Spring dilaporkan meninggal dunia di kediaman di Miri, Sarawak, kira-kira jam 1 pagi tadi, selepas bertahan dalam keadaan lumpuh dan mend£rita pelbagai peny@kit kr0nik seperti k£ncing manis dan kesuk@ran bertutur.
Timbalan Pengerusi Music Malaysia, Ayob Abd Majid, berkata, pihaknya dimaklumkan berita sedih itu oleh isteri Allahyarham Iskandar yang juga pemain gitar Spring, iaitu Nur Hidayah Cecilia, pagi tadi.
Arwah Iskandar yang menjadi antara pengasas kumpulan Spring, dilapor perlu menjalani dialisis akib@t k0mplikasi buah pinggang. Allahyarham juga hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment