24 June 2025

ISTERI SAH HAMIL - ATIQ AZMAN AKUI PADA MULANYA T4KUT KEHILANGAN SELEPAS DISYAKI KANDUNGAN LUAR RAHIM



"Beberapa hari lepas, hati kami diuji dengan ket@kutan, doktor syak kandungan luar rahim. Jujur jiwa kami hilang arah dan hanya mampu berdoa serta berharap.

"Hari ini Allah tunjukkan kasih sayang-Nya. Alhamdulillah kandungan normal. Kami bakal jadi ibu ayah. Terima kasih Allah untuk satu nyawa yang kami pernah t@kut kehilangan sebelum sempat kami peluk."

Demikian jelas pelakon Atiq Azman dimana sebalik kegembiraan apabila mengetahui isterinya, Alia Natasha kini hamil anak sulung, mereka juga melalui fasa membimbangkan kerana kandungan itu berkemungkinan di luar rahim.

Klik untuk gambar besar

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya dengan memuat naik video perjalanan bersama isteri melakukan pemeriksaan sebelum Alia disahkan hamil.

Kongsi pelakon ini lagi, isterinya terlebih dahulu melakukan ujian kehamilan sendiri, namun belum mendapat jawapan pasti.
"Isteri saya beberapa kali juga buat ujian kehamilan. Ada yang satu line, ada yang samar-samar. Bila tahu benda tu, jadi t@kutlah. Minta jauh-jauh. Kami pun cepat-cepat jumpa doktor," ujarnya.

Atiq yang selamat mendirikan rumah tangga bersama Alia pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila isterinya itu disahkan hamil.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: