"Daripada segi bayaran untuk 'show' saya, sama ada mahal atau tidak terpulang kepada individu yang menilainya dan saya tahu nilai saya. Cuma, bergantung juga kepada hak masing-masing.
"Apa-apa pun, untuk itu (kadar bayaran diterima) saya hanya mampu ucap Alhamdulillah. Semua ini adalah rezeki dan saya juga percaya dengan usaha keras dilakukan pasti berjaya serta tidak pernah mengkhianati hasil.
"Jadi, sama ada bayaran saya dalam Dolar atau mata wang lain, ia sebenarnya mengikut mata wang di sesebuah negara itu. Tetapi, kalau di Malaysia saya masih terima bayaran daripada penganjur dalam Ringgit."
Itulah kata penyanyi berkaliber, Shila Amzah, 35, dimana dia menyifatkan bayaran persembahan diterimanya dalam Dolar atau Ringgit adalah rezeki untuk anak-anak dan keluarga, selain mengikut mata wang di sesebuah negara.
Bagi bayaran persembahannya di tanah air, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, memaklumkan, dia masih dibayar dengan Ringgit dan tetap menerimanya asalkan berbaloi dengan komitmen kerjanya.
Disamping itu, mengenai karier nyanyiannya pula yang masih bersinar di China, Shila berkata, dia gembira terus mendapat peluang membuat persembahan di negara itu sekali gus menghiburkan peminatnya di sana.
"Saya sebenarnya seronok juga apabila melihat ramai netizen di media sosial berkongsi semula video persembahan saya di luar negara seperti di China yang menyuntik semangat saya untuk terus berkarya.
"Selain itu, saya juga melihat p0sitif berkaitan bakat saya yang dihargai di China atau di mana-mana sahaja (negara) tanpa sebarang isu. Ini kerana, penerimaan peminat di suatu tempat itu berbeza," ujar penyanyi lagu 'Patah Seribu' dan 'Memori Tercipta' ini.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, apa yang utama baginya adalah memastikan semua orang yang melihat bakatnya dan menonton persembahan dibuat terhibur dengan apa yang diusahakannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment