"Syukur ke hadrat Illahi. Saya tunggu momen ini selama 16 tahun. Saya masuk banyak pertandingan tapi tak jadi. Impian saya adalah untuk punyai rock band tapi Allah lebih tahu. Kini saya ada Boy Group Alpha."
Demikian kata juara program realiti, Big Stage Alpha iaitu Ariel Fesol ketika memberi ucapan di atas pentas, dimana dia yang tidak dapat menahan sebak, memanjatkan rasa syukur dan menyifatkan penantian selama 16 tahun kini berakhir.
Selepas lapan minggu bersaing dan membuktikan kemampuan, Ariel mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan enam peserta lain, sekaligus kemenangan tersebut membolehkan anak jati Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah utama bernilai RM30,000 dan trofi.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, bagi tempat kedua pula berjaya diraih oleh Ray-D, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM20,000 dan manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM10,000 berjaya diduduki oleh Rizal Rasid.
Bagi Daniel Sher, dia diumumkan sebagai pemenang tempat keempat diikuti oleh Araff yang memperoleh tempat kelima dan kedudukan yang keenam diisi Izat Ibrahim, dimana ketiga-tiga mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000.
Selain itu, Afiq Sky pula berpuas hati apabila mendapat tempat ketujuh, sekali gus membuatkannya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan trofi.
Disamping itu, hasrat penonton untuk melihat ketujuh-tujuh finalis dipilih ke dalam boy group Alpha menjadi kenyataan apabila tiada penyingkiran berlaku dipentas akhir dan ini bermakna kesemua tujuh finalis telah dipilih untuk menganggotai boy group Alpha dan akan menjalani latihan intensif di Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, malah buat pertama kalinya kumpulan Alpha membuat debut dan mempersembahkan single terbaharu mereka yang berjudul 'Monalisa'.
Pada malam akhir itu, kesemua para finalis diberikan dua tugasan iaitu solo dan berkumpulan serta diadili oleh juri tetap Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, manakala penyanyi Marsha Milan pula bertindak selaku juri jemputan.
Final Big Stage Alpha dihoskan oleh gandingan pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment