Selepas sekian lama status rumah tangga jadi teka-teki, akhirnya pelakon Aprena Manrose tampil mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Aprena yang mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian di media sosial, berkata, dia sudah berusaha untuk bertahan, namun rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun sudah berakhir.
"Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Yes, I am no longer Afiq's wife. Kalau ada jodoh tak kemana.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Aprena tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai punca dan tarikh sebenar perceraiannya dengan bekas suami, sebaliknya meminta mendoakan agar dia dapat lalui fasa tersebut dengan tenang.
"Banyak media yang call dan bertanyakan tentang my status. So here it is the statement. Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya," tambahnya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment