16 June 2025

UCAPAN PENUH MAKNA NOOR NABILA SEMPENA HARI BAPA UNTUK SHARNAAZ AHMAD : "TERIMA KASIH KERANA TIDAK PERNAH MENGHILANG..."



"Kepada Baba (panggilan Jayden kepada Sharnaaz), terima kasih menjadi bapa yang hebat buat anak kita. Awak telah memberi sesuatu yang sangat berharga iaitu kasih sayang, konsisten dan membuatkan dia bangga tentang bapanya sendiri.

"Menjadi ibu bapa bersama awak bukan sekadar buat perkara yang betul sahaja tetapi kematangan dan memberi ketenangan hidup untuk Jayden. Untuk itu, syukur untuk kita berdua yang semakin matang dan bukan hanya sebagai ibu bapa tetapi juga kawan.

"Terima kasih kerana tidak pernah menghilang, melunaskan peranan awak sebagai bapa dan membuatkan Jayden rasa dia memiliki ibu bapanya.

Klik untuk gambar besar

"Membesarkan Jayden adalah perkara terindah dalam hidup saya dan disebabkan itu, saya beri penghormatan tersebut kepada awak hari ini.

"Selamat hari bapa kepada awak baba. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan dan hubungan awak dengan Jayden Ahmad. Kita masih satu keluarga tetapi dalam ikatan yang berbeza."
Itulah tulis kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu pemp£ngaruh media sosial, Noor Nabila dimana dia memuat naik ucapan selamat hari bapa kepada bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Nabila menerusi perkongsian di media sosial, mengucapkan terima kasih buat Sharnaaz kerana menjadi bapa yang hebat buat anak mereka, selain turut meluahkan rasa syukur dengan kerjasama mereka sebagai ibu bapa, Jebat Jayden Ahmad membesar dengan penuh kasih sayang.
Perkongsian Nabila itu telah mendapat respon daripada Sharnaaz yang tampil berkata, dia menghargai hubungan baik yang terjalin dengan bekas isterinya itu.

"Terima kasih Noor Nabila atas makan malam! Sangat hargai kepercayaan awak terhadap saya untuk menjadi seorang bapa. Terima kasih menjadi ibu yang hebat dan kawan baik!" tuturnya.

Untuk makluman, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017, sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: