16 June 2025

RUHIL AMANI KERAP ALAMI PIT4M : "MUNGKIN INI CARA TUBUH SAYA NAK SURUH SAYA 'SLOW DOWN'... & BENAR-BENAR BERI PERHATIAN"



"Akhir-akhir ini saya kerap pit@m, gelap mata tiba-tiba. Menurut 'diagn0sis' doktor Ruhil yang tidak bertauliah, kemungkinan besar sebab tidak cukup rehat, tidur, dan kepenatan. Tapi atas d£sakan anak-anak dan keluarga, saya akhirnya setuju untuk buat pemeriksaan lanjut, untuk kepastian.
"Nak dijadikan cerita, masa tengah jumpa doktor... saya pit@m depan mata dia. Bacaan tek@nan dar@h normal, tapi tetap 'blackout'. Mungkin ini cara tubuh saya nak suruh saya 'slow down'... dan benar-benar beri perhatian."

Demikian jelas penyanyi popular era 1990-an yang popular dengan lagu 'Kawan' iaitu Ruhil Amani, 50, dimana dia mendedahkan dirinya kini kerap pit@m secara tiba-tiba dan sudah bertemu doktor minggu lalu.

Ruhil menerusi akaun media sosial miliknya berkata, dia yang berada di hospital untuk dua temu janji, satu di unit radi0logi dan satu lagi untuk ujian mengambil dar@h, mengakui dirinya seorang yang lasak tetapi agak g£run dalam urusan mengambil dar@h.

"Dalam las@k-las@k saya ini, bab ambil dar@h, bukanlah bab kegemaran saya. Semasa giliran saya, saya cakap sahaja terus terang dengan adik itu :

"Dik, kalau akak berpaling, bukan akak tidak sudi tengok muka adik yang kacak ini. Walaupun tempat ini sejuk, kalau akak tengok jarum dan dar@h, akak dapat rasa peluh betina, peluh jantan yang selama ini akak tidak sedar wujud dalam diri akak," katanya.

Ruhil bagaimanapun berkata, dia berasa tenang apabila petugas kesihatan yang masih muda itu melayaninya dengan baik dan mesra.

"Jawab adik itu pada saya sambil tersenyum, 'Tidak mengapa kak, saya faham. Saya bismillah ya!'

"Manakala, kawan adik itu yang pasang telinga di sebelah, terus sambung pula, 'akak bayangkan akak di laut, dalam bot menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kak!'

"Tersenyum saya dibuatnya atas kebaikan dan empati budak berdua ini," tulisnya lagi, dimana dia turut memberitahu, ketika dar@hnya diambil, dia tertanya-tanya kenapa urusan terbabit lambat selesai sedangkan lengannya sudah mula rasa k£bas.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menoleh ke arah petugas perubatan itu, namun bertanya kenapa urusan itu lama sangat dan kemudiannya petugas itu menjawab, dia perlu mengambil darah untuk enam tiub, atas arahan doktor untuk pelbagai ujian.

"Aduhai... nasib baik tidak tengok. Boleh mimpi ngeri di dalam sampan, di tengah-tengah lautan yang berg£lora, tanpa dayung dan jaket keselamatan macam ini!

"Kadang-kadang, hari yang biasa pun boleh bertukar menjadi hari yang penuh dengan senyuman, bila kita dipertemukan dengan insan-insan yang baik hati, memahami dan ramah," ujarnya.

Sementara itu, difahamkan, Ruhil yang bercerai dengan bekas suami, Jamil Wilson sejak Mei 2019, kini tinggal bersama anaknya, Ariana dan Raayan, selain dia juga kembali aktif menyanyi dan pernah mengadakan persembahan dalam pelbagai acara di beberapa lokasi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: