"Padam gambar lama? Sayang tu sayang sebab kesemuanya ada kenangan tersendiri. Tapi foto lama itu tak mencerminkan diri saya yang sekarang. Penghijrahan saya menutup aurat ini adalah untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik."
Demikian ujar penyanyi Syasya Rizal dimana dia tidak pernah meny£sal dengan keputusannya sebelum ini yang memilih untuk memadam foto-foto lamanya di media sosial walaupun mempunyai kenangan tersendiri.
Foto lama tidak mencerminkan dirinya yang sekarang lebih-lebih lagi selepas membuat keputusan untuk berhijab, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, juga berazam akan menjadi insan lebih baik di masa akan datang.
Klik untuk gambar besar
"Apabila saya memutuskan untuk memakai tudung dan menutup aurat sepenuhnya ia tidak mudah, malah sehingga sekarang masih ada cab@rannya. Ya, saya masih t@kut dan masih belajar cuba menutup aurat sebaik mungkin.
"Tapi kekuatan saya untuk terus kekal istiqamah ini ialah adanya suami, anak dan orang sekeliling yang selalu berikan sokongan," jelas bekas anggota kumpulan Dolla ini.
Dalam masa sama, Syasya juga memberi gambaran akan tampil dengan lagu baharu dalam masa terdekat, selain dia kini juga banyak menerima tawaran sebagai duta jenama tudung Finura.
Untuk makluman, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia enam bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment