"Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa," ujar pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim yang mendakwa dia tidak tahu mengenai isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Fikry bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut, sebaliknya hanya memberitahu isterinya okay sahaja.
Hari ini, peguam syarie yang mewakili Siti Khalizah berkata, anak guamnya itu memfailkan permohonan cerai pada pada Mei lalu.
Jelasnya lagi, punca permohonan cerai dibuat kerana tiada persefahaman, namun anak guamnya masih memberi ruang kepada Fikry untuk berdamai.
Sementara itu, kedua-duanya juga dilaporkan sudah tidak saling mengikuti di media sosial, bagaimanapun masih ada beberapa foto mereka berdua.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terkejut dengan berita Khalizah yang menuntut cerai terhadap Fikry.
Ini kerana, pasangan itu baru memuat naik foto romantis bersama sekitar empat hari lalu, sekali gus memberi gambaran hubungan mereka berada dalam keadaan baik.
Bukan hanya itu, malah terdapat juga netizen yang mengungkit kembali raut wajah Fikry yang didakwa tidak gembira sewaktu hari pernikahan mereka.
Untuk makluman, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment