"Banyak yang saya belajar daripada ujian akib@t kemal@ngan t£ruk itu. Bagi saya, Allah mahu saya sedar dan membuat sesuatu yang lebih baik dengan peluang kedua diberikan ini.
"Sekarang, saya dalam proses bangkit semula membina kehidupan baru menerusi karier nyanyian dan perniagaan. Kini, saya sedikit demi sedikit bangkit dan memperbaiki diri."
Itulah kata penyanyi kumpulan Pearl, Amir Esa dimana dia menyifatkan dirinya kini umpama 'm@ti hidup semula' selepas semakin pulih akib@t keced£raan t£ruk dialami dalam kemal@ngan pada April 2023.
Pernah k0ma beberapa hari susulan kemal@ngan itu, Amir meluahkan rasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberikannya peluang kedua untuk hidup, sekali gus memperbaiki kesil@pan diri.
Selepas sering bermuhasabah dan menyerahkan segala berkaitan dirinya kepada Allah, penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku Tidak Bersal@h' itu berasakan keadaan kehidupannya semakin baik sekarang.
"Dengan peluang kedua ini yang saya ibaratkan sebagai 'm@ti hidup semula', memang saya sekarang berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Inilah keyakinan yang saya pegang dan menjadi kekuatan semangat.
"Alhamdulillah, hidup saya sekarang tenang apabila kita kembali semula ke asal dan mencari keredaan Allah. Selepas pernah j@tuh terduduk dengan ujian Allah, itu bermakna Dia masih sayangkan saya.
"Saya tidak kec£wa dengan takdir yang berlaku kepada saya kerana percaya Allah sudah menyusunkannya dengan baik kerana Dia adalah sebaik-baik perancang dan saya terima dengan ikhlas," jelas bapa sembilan anak yang sudah bercucu ini.
Dalam pada itu, Amir berkata, dia bersikap terbuka berkongsi pengalaman daripada kemal@ngan dialami itu yang baginya mempunyai banyak kesan p0sitif untuk membangkitkan semangat baru dalam kehidupan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment