19 June 2025

MAHU 'COMEBACK' DALAM INDUSTRI PERFILEMAN - MURALI LUAH RASA SYUKUR KESIHATAN KINI SEMAKIN PULIH



"Alhamdulillah, saya dah 'discaj' daripada hospital hari ini. Kini, saya boleh kembali semula ke industri perfileman Malaysia."
Demikian tutur pengarah filem terkenal, Murali Abdullah, 62, yang meluahkan rasa syukur apabila kesihatannya kini semakin pulih dan dibenarkan pulang selepas 13 hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Murali menerusi satu hantaran di media sosial, berkata, ini menjadi titik permulaan untuk dirinya kembali menyumbang dalam industri perfileman yang sekian lama menjadi jiwa dan cintanya.

Bagaimanapun, Murali meluahkan perasaan kec£wanya dengan keadaan industri filem tempatan yang didakwa semakin 'naz@k' kerana dipenuhi individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.

"Industri Perfileman Malaysia kini nazak... Dengan dipenuhi orang yang hanya pentingkan pendapatan sendiri. Mereka tiada niat untuk membangunkan industri ini," kata pengarah filem 'Aku Kaya The Movie' itu.

Disamping itu, Murali yang dikejarkan ke hospital akib@t s£rangan jantung pada malam Hari Raya Aidiladha lalu, juga menyeru penggiat seni lain agar kembali bersatu dan memperjuangkan pemulihan industri secara bersama-sama.

"Industri ini perlu disembuhkan semula. Marilah bersama saya, kita bangunkan semula industri filem Malaysia," ujarnya yang turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang hadir melawatnya di HKL, termasuk pengarah, wartawan, pereka busana, pelakon dan sahabatnya, semalam.

Murali dalam masa sama tidak menafikan rasa terkil@n apabila tiada wakil daripada badan-badan penting seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), presiden persatuan filem mahupun tokoh politik yang turun menjenguknya, dalam perkongsian di media sosialnya.

Tambahnya lagi, dia yang kini dalam fasa pemulihan penuh, bert£kad untuk bangkit semula menerusi Persatuan Pena Emas yang dinaunginya dan bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam landskap perfileman negara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: