09 June 2025

IMBAU KENANGAN RUMAH KAMPUNG - NABIL AHMAD PASANG NIAT BINA MADRASAH : "DAPAT PAHALA MAK & ADIK-BERADIK MAK"



"Tinjauan rumah, simpan sini buat kenangan. Rindulah dekat rumah sendiri. Rumah lama itu biasa je, tapi dalam dia penuh rasa. Insya-Allah kalau ada rezeki, kita jadikan rumah ini madrasah. Dapat pahala mak dan adik-beradik mak."

Itulah kata pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad dimana dia menyimpan hasrat untuk menjadikan rumah milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan sebagai madrasah iaitu tempat pengajian untuk mendalami ilmu agama Islam.

Dalam pada itu, Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad, 42, menjelaskan, usaha itu sedikit sebanyak dapat memberikan ganjaran pahala berterusan buat ibunya iaitu Rohaizah Abdul Latiff.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Nabil bersama ahli keluarganya pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar

Menerusi perkongsian itu, Nabil dilihat membuat tinjauan di sekeliling rumah tersebut yang dipercayai dirakam oleh isterinya sendiri iaitu Nazirah Ayub.

Nabil menceritakan kembali suasana membesar di rumah itu bersama ahli keluarga yang lain, selain turut sempat berselor0h menunjukkan gaya bagaimana situasi atap bocor apabila cuaca hujan.

"Sejuk rumah ni, malam-malam sejuk sangat. Ini dulu bilik bujang saya. Dulu bilik ini warna biru. Perabot ini bukan milik saya, dah banyak barang-barang orang lain dalam bilik ni.

"Dulu sini atap pun bocor, kalau nganga air hujan boleh masuk dalam mulut," ujarnya yang mengimbau kenangan lama itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: