09 June 2025

"PERTAMA KALI LAKUKAN IBADAH K0RBAN DALAM HUTAN" - DYNAS MOKTHAR KONGSI KISAH LEMBU LARI PUKUL 3 PAGI



"Pukul 3 pagi orang surau sedar lembu yang keluarga saya ingin k0rbankan hilang. Mereka cari dan jumpa di dalam hutan. Ini pertama kali mereka melakukan k0rban di dalam hutan kerana ingin mengelakkan kesuk@ran menarik lembu berkenaan untuk kembali ke surau."

Demikian cerita pelakon Dynas Mokhtar, 42, dimana dia melalui pengalaman melakukan ibadah k0rban dengan cara berbeza apabila terpaksa melakukan proses penyemb£lihan lembu di dalam hutan, susulan haiwan itu tiba-tiba hilang sekitar pukul 3 pagi pada Sabtu di Tapah, Perak.

Jelas Dynas, selepas lembu itu ditemui, pihak pengurusan surau membuat keputusan untuk melakukan penyemb£lihan di lokasi haiwan tersebut dijumpai bagi memudahkan urusan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Dynas yang sendiri turun padang bersama ahli keluarga yang lain bagi mencari lembu berkenaan selepas dilaporkan hilang, meluahkan rasa syukur apabila akhirnya ibadah k0rban keluarganya dipermudahkan, meskipun dilakukan di dalam hutan.

"Bila ayah saya pulang daripada solat sunat Aidiladha, katanya lembu sudah dijumpai di dalam hutan. Jadi saya pun terpaksa masuk ke dalam hutan untuk melihat lembu tersebut disemb£lih.
"Alhamdulillah saya bersyukur semuanya selesai dan proses menyemb£lih lembu pun dilakukan dengan cepat," ujarnya yang teruja dapat melakukan ibadah k0rban bersama keluarga di kampung halaman ketika sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

"Tahun ini kami sekeluarga k0rbankan seekor lembu termasuklah ibu saudara, bapa saudara dan sepupu. Semua keluarga saya balik Tapah untuk bergotong-royong masak sempena Aidiladha.

"Pengalaman k0rban tahun ini tidak akan kami lupakan. Pertama kali melakukan ibadah k0rban dalam hutan," kongsi Dynas atau nama sebenarnya, Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: