09 June 2025

TERK£JUT TERIMA BERITA SEPUPU M4UT NAH4S BAS UPSI - ZOEY RAHMAN SIFATKAN ARWAH SEORANG PENDIAM & BIJAK



"Saya menerima khabar itu pada subuh tadi dalam group WhatsApp keluarga. Mula-mula kami tidak tahu arwah selamat atau tidak, cuma tahu 15 orang saja yang meninggal. Tapi selepas beberapa minit baru dapat berita mengesahkan dia meninggal di tempat kejadian."

Itulah tutur pelakon dan usahawan, Zeoy Rahman mengenai sepupunya iaitu Fakhrul Arif Rosli dimana dia merupakan antara m@ngsa yang m@ut dalam kemal@ngan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin.

Kata Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, dia terk£jut apabila menerima khabar m@ngsa disahkan meninggal dunia menerusi aplikasi WhatsApp keluarga pada awal pagi.

Jelasnya lagi, arwah dalam perjalanan pulang dari kampung halaman di Pasir Akar, Jerteh, Terengganu ke UPSI, Tanjung Malim, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

Dalam pada itu, Zoey turut berkongsi mengenai hubungannya bersama arwah, dimana kali terakhir mereka bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri lalu, selain turut menyifatkan Fakhrul sebagai sepupu yang rapat serta memiliki budi perkerti baik.

"Saya tak balik kampung Aidiladha ini, kali terakhir pun jumpa pada Aidilfitri lalu. Saya boleh sifatkan dia seorang yang baik, pendiam dan bijak orangnya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Kongsinya lagi, ahli keluarga arwah sudah tiba di hospital untuk menuntut jenazah anak mereka, namun masih belum membuat keputusan lokasi Allahyarham akan dikebumikan.

Disamping itu, Zoey juga berharap keluarga terus kuat dengan ujian yang terpaksa dilalui ketika ini.

"Sekarang ini saya juga masih tunggu update daripada keluarga arwah kerana mereka sudah sampai di sana. Jenazah masih lagi di hospital untuk b£dah sias@t.

"Saya harap keluarga arwah dan m@ngsa yang lain tabah dengan ujian ini. Kemal@ngan memang tidak dapat dielakkan tapi saya harap ada tindakan selepas kejadian ini.

"Setiap kali musim perayaan ada saja perkara seperti ini berlaku melibatkan kenderaan berat," katanya.

Pada pagi Isnin, seramai 15 orang disahkan m@ut dalam kemal@ngan tr@gis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 pagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: