"Satu momen paling dihargai pada saat saya berusaha sedaya upaya mencari dan mengatur perjalanan ibu juga menunaikan fardu haji pada tahun sama, namun melalui pakej berbeza.
"Cab@rannya sungguh besar, segala-galanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa, dan saya harus sentiasa bersedia. Ketika kenderaan mulai bergerak, saya tidak dapat menghubungi ibu.
"Hati saya benar-benar gund@h. Saya terpaksa minta bantuan orang ramai untuk mencari ibu, berharap agar Allah permudahkan urusan kami.
"Alhamdulillah, dengan kuasa media sosial dan keajaiban doa, akhirnya ibu ditemui dan dapat dibawa ke tempat saya, sebelum jalan ditutup kembali."
Demikian tutur pelakon dan pengacara, Elfira Loy, 31, dimana dia berkata, pengalaman bertemu dengan ibunya, Filzah Yusoff di Tanah Suci antara detik paling berharga.
Sebelum ini, Elfira berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia muda dan ia antara rahmat terbesar, apatah lagi dapat pergi bersama ibunya.
Elfira dan ibunya sama-sama mengerjakan haji tahun lalu tetapi pergi berasingan di mana Elfira mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi, manakala ibunya bersama Tabung Haji.
Dalam pada itu, Elfira berkata, dia berpelukan dengan ibunya adalah detik cukup istimewa, selain pengalaman menunaikan haji selama 10 hari di Tanah Suci itu adalah kenangan tak pernah layu dan masih segar dalam ingatan, meskipun sudah setahun berlalu.
"Saat saya memeluk ibu, itulah pelukan paling bermakna dalam hidup saya. Pelukan penuh syukur, terharu dan kasih sayang. Impian kami mahu menunaikan fardu haji bersama akhirnya dimakbulkan Allah.
"Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya atas nikmat tidak ternilai. Mengerjakan fardu haji begitu istimewa. Ia bukan sekadar perjalanan, tetapi penyempurnaan Rukun Islam menjadi dambaan setiap insan.
"Perasaan melengkapkan rukun ini, masya-Allah sungguh luar biasa, seolah-olah hati diselimuti cahaya dan rahmat tak terucap dengan kata-kata. Saya benar-benar merasakan betapa Allah mengurniakan rasa begitu dekat, seakan-akan hadir di sisi saya setiap langkah.
"Ia benar-benar berbeza dengan pengalaman umrah yang pernah saya lalui berkali-kali sebelum ini. Menunaikan haji membawa makna jauh lebih dalam, menyentuh jiwa dan menggetarkan hati," jelasnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya itu lagi, tawaran dari Kerajaan Arab Saudi itu adalah tawaran kedua diberikan kepadanya untuk tahun sama.
"Jadi, tiada sebab untuk saya tolak lagi. Alhamdulillah, Allah tenangkan hati meninggalkan keluarga dengan menghadiri jemputan sangat singkat selama 10 hari. Bagi saya, peng0rbanan ini adalah cinta paling tulus.
"Ia bukan sekadar melepaskan sesuatu yang disayangi, tetapi juga kesanggupan mendahulukan kebahagiaan orang lain atas kepentingan diri sendiri. Tapi, kali ini saya mendahulukan cinta saya kepada Allah.
"Peng0rbanan ini kadang-kadang sunyi, tidak dilihat orang, namun Allah sentiasa tahu setiap usaha dan air mata dititiskan. Dalam perjalanan fardu haji, saya benar-benar belajar makna peng0rbanan, bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, tetapi em0si dan perasaan.
"Saya percaya, setiap langkah diambil dengan niat ikhlas akan dibal@s dengan kebahagiaan yang tidak dijangka," ujar Elfira yang berkata, peng0rbanan juga mengajarnya bersyukur, lebih menghargai insan sekeliling dan memahami setiap ujian sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment