"Menangis saya baca, terima kasih kerana beritahu saya. Saya sangat menghargainya. Ya, saya sangat bertuah dan rasa disayangi."
Itulah ujar pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 32, dimana dia terharu dan sebak dengan niat murni seorang lelaki mendoakan dia menimang cahaya mata serta sentiasa sihat sejahtera selepas menunaikan solat di masjid.
Kata Elizabeth yang mesra disapa Lizzy, dia memang sangat bersyukur apabila ramai menyayanginya sehingga namanya dibawa dalam doa.
Elizabeth berkata demikian selepas membaca hantaran seorang pengguna media sosial, dimana dia terdengar seorang lelaki dengan penuh keikhlasan mendoakan selebriti itu selepas mendirikan solat di sebuah masjid.
"Semalam berbuka puasa kat masjid Putrajaya. Selepas solat ada seorang lelaki sebelah saya ini doa untuk Elizabeth Tan, kurniakanlah Elizabeth Tan anak. Berikanlah kebahagiaan kepada dia.
"Panjang doa tu, saya dengar pun sebak sebab doa dia ikhlas sangat walaupun mereka berlainan agama. Sungguh-sungguh dia minta.
"Dia doa perlahan saja tapi kami duduk rapat jadi saya dengar apa yang dia doa. Awak sangat bertuah Elizabeth sebab ada orang doakan awak," demikian tulis hantaran itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang bertuah kerana doa itu dibaca pada sal@h satu hari yang dimakbulkan doa iaitu pada Hari Arafah.
Mereka dalam masa sama juga mendoakan agar pelakon filem 'Sheriff: Narko Integriti' itu dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Untuk makluman, Elizabeth dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021, namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 itu juga pernah mengalami dua kali keguguran.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment