13 June 2025

KENA S£RANGAN JANTUNG YANG T£RUK - MURALI TERLANTAR DI HOSPITAL : "SAYA SUDAH BERSEDIA UNTUK KE ALAM KUBUR"



"Jantung saya 'terk0rban' di malam Hari Raya K0rban. Saya dis£rang s@kit jantung yang teruk. Kekuatan jantung saya cuma 33 peratus sahaja sekarang.
"Sebenarnya, dengan ikhlasnya, saya sudah bersedia untuk ke alam kubur... tapi mungkin Allah ada rancangan yang lain untuk saya di dunia ini."

Demikian jelas pengarah tersohor telefilem 'Aishah 50 Sen' iaitu Murali Abdullah, 62, dimana kesihatannya diuji lagi apabila dis£rang s@kit jantung yang s£rius dan berada dalam situasi membimb@ngkan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Murali yang sering tampil dengan cerita genre Islamik memaklumkan, bahawa s£rangan jantung yang dialaminya berlaku pada malam Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

Kini sedang menerima rawatan di wad kec£masan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur, Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2010 itu berkata, dia reda dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku terhadapnya.

Murali dalam masa sama turut menyeru kepada mereka yang mengenali dan menyayanginya agar memperbanyak amal jariah, bersedekah dan sentiasa taat kepada Allah.

"Kepada yang kenal saya dan suka saya... buatlah amalan amal jariah. Sedekahlah.... dan taatlah pada Allah," tuturnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat serta rakan-rakan industri seni membanjirinya dengan ucapan dan mendoakan agar Murali diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: