"Orang anggap penyanyi lelaki tak boleh pergi jauh. Sebab ketika itu tak ramai penyanyi lelaki. Saya pernah teman Ziana dalam satu acara dan ada terdengar orang cakap 'k£sian terpaksa men£mpel pada kakak'. Ketika itu saya memang tiada minat untuk menyanyi."
Itulah kongsi penyanyi terkenal, Anuar Zain mengenai pengalamannya dimana ketika awal kemunculan sebagai penyanyi, dia pernah berdepan dengan sind1ran sesetengah pihak yang menganggap perjalanan kerjayanya tidak bertahan lama.
Malah, kata Anuar atau nama penuhnya, Shahrul Anuar Zain, 55, itu lagi, ada juga pihak yang menganggap dia menumpang populariti kakaknya iaitu penyanyi Ziana Zain apabila sudah mencipta nama dalam bidang seni.
Klik untuk gambar besar
"Biar apa orang nak bercakap di media sosial, saya senyum sahaja. Tak perlu nak bal@s atau menjelaskan sesuatu. Lebih baik berdiam dan teruskan hidup dan jangan baca komen. Kadang-kala netizen ini nak@l dan sengaja nak 'cucvk'. Mereka seronok bila kita membal@s," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Anuar akan terbabit dalam Konsert Empat Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 18 Oktober depan.
Berhubung itu, Anuar meluahkan rasa teruja dan menganggap ia satu acara yang sungguh bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya kerana berpeluang berkongsi pentas bersama Ziana dan anak saudaranya iaitu Ernie Zakri dimana ia turut disertai suaminya, Syamel.
"Empat yang sungguh bermakna. Ia merupakan kolaborasi empat beranak. Saya harap ia dapat diabadikan sebagai satu legasi dan sejarah. Ini akan menjadi satu yang diperkatakan sepanjang hayat," luahnya.
Konsert Empat Live In Kuala Lumpur akan berlangsung di Mega Star Arena dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.my.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment