Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ben Ladin apabila kini sudah bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Anna Shida selamat melahirkan anak sulung mereka.
Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 24, dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang selama ini mendoakan mereka.
"Assalammualaikum, pewarisku tercinta. Alhamdulillah isteri saya, Anna selamat melahirkan bayi kami 🤍 Terima Kasih yang banyak mendoakan ✨," tulisnya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya hari ini.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Rampung' ini turut menghargai peng0rbanan isteri tercinta melahirkan anak, selain berharap kehadiran keluarga kecil mereka menambah kebahagiaan dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
"Terima kasih kepada isteri tersayang kerana melahirkan cahaya mata, hadiah paling berharga untuk saya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran itu, pelantun lagu 'Hikayat Ben Ladin' ini bagaimanapun tidak berkongsi mengenai jantina bayi dan tarikh isterinya bersalin, namun Ben seolah ada memberi 'hint'.
"Pewarisku tercinta, Yang lahir dari doa dan linangan air mata, Dalam lena kecilmu yang tiada d0sa, Ayahmu menatap bisu dan terkesima.
"Kamu benih dari sabar yang tak terucap, Titisan kasih antara langit dan harap, Dari rahim suci ibumu tercinta, Lahirlah kamu amanah tak ternilai harta.
"Wahai pewarisku, dar@h daging bak permata, Dunia ini luas dan tak selamanya mesra, Tapi percayalah, walau bad@i menjelma, Dalam pelukanku, kamu takkan d£rita.
"Aku bukan pahl@wan bertanjak b£si, Bukan alim penuh kitab dan puisi, Namun dengan tangan yang lemah ini, Aku berjanji melindungi hari-harimu nanti.
"Jika kelak kamu dewasa dan menyoal takdir, Mengapa ayahmu diam dalam g£tir, Ketahuilah, ayahmu tidak lari dari perjuangan, Hanya menyorok luk@ dalam senyuman.
"Maka hiduplah kamu dengan jiwa yang berani, Bukan kerana ayahmu hebat, tapi kerana kamu erti, Pewarisku, dengar pesan dalam lena ini. Ayahmu pernah h@ncur, tapi tetap berdiri.
"Daddy & Mummy now dah ada Baby J ❤️ Semoga Anak soleh ini sentiada dalam lindungan Allah ✨," coretnya lagi.
Untuk makluman, Ben mendirikan rumah tangga bersama Anna pada Julai tahun lalu dan mengumumkan berita gembira isterinya sedang hamil anak sulung mereka pada Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment