23 June 2025

DITERIMA JADI PRAMUGARI SINGAPORE AIRLINES - KAK KM SEDIH LEPASKAN, BERJAUHAN DENGAN ANAK SULUNG : "SAYA SEBAGAI MAK RELAKAN ANAK PEREMPUAN SAYA"



"Nabila (diterima bekerja) Singapore Airlines. Jadi dia akan menetap di Singapura. Sedangkan bila Nabila dapat belajar di Universiti Malaya yang 'sekangkang kera' dari rumah ini pun saya sudah menangis selama dua minggu, inikan pula apabila dia perlu berpindah ke negara lain.

"Kita tidak biasa nak berjauhan dengan anak tetapi untuk masa hadapan dia, saya sebagai mak relakan anak perempuan saya," ujar usahawan sens@si, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli dimana dia tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila yang bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines.

Kak KM menerusi sesi siaran langsung di media sosial berkata, dia tidak dapat menahan sedih apabila perlu berjauhan dengan anak perempuannya itu kerana akan menetap di Singapura selepas ini.

Klik untuk gambar besar

Jelas ibu kepada empat orang anak ini lagi, Nabila bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun dan ada mencuba peluang mengikuti temuduga bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates.

"Minggu ini (22 Jun, Ahad - semalam) kita akan hantar dia ke Singapura, jadi harapnya semua berjalan lancar. Harap jugalah saya kuat sebab nak melepaskan anak itu tidak mudah. Walaupun dia pergi mencari rezeki tetapi benda itu sebenarnya berat," katanya.

Terdahulu, anak perempuan sulung Kak KM itu menamatkan pengajian peringkat Diploma dari Universiti Malaya pada Disember 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: