Pada jam 11 pagi, hari ini, jenazah anak bongsu yang juga anak istimewa bekas penyanyi kumpulan Mega, Rahmad Tohak, 55, iaitu Nur Ara Elisya telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.
Majlis pengebumian itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Ameng Spring, Zamani, Shahrul Ekamatra, Rashib Ekamatra, Amir Ukays, Afee Utopia dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Rahmad berkata, dia reda menerima ketentuan takdir pemergian anak bongsunya hasil perkahwinan dengan bekas isteri, pelakon Ainina Ahmad B, sekitar jam 2 petang semalam.
Jelas Rahmad, Allahyarham Nur Ara Elisya baru sahaja meraikan ulang tahun ke-16 pada 18 Jun lalu dan keadaannya ketika itu agak ceria.
"Dia sebenarnya kr0nik masa lepas pemb£dahan tulang belakang pada Disember lalu. Tiga bulan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), keadaannya masa itu kr0nik. Nak bernafas pun sus@h. Terpaksa tebuk leher atau istilahnya trake0stomi.
"Kemudian dia lepas fasa kr0nik. Dia dah pulih dan dah boleh balik dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) pada Mac. Cuma temujanji yang sepatutnya dia buat pada Mei lalu, kami terlepas.
"Jadi kita letakkan satu tarikh baru iaitu Jun. Daripada temujanji ini dia datang semula ke hospital. Mungkin dari situ dia kena jangk1tan dan balik itu dia mula demam," katanya.
Kongsi Rahmad lagi, anaknya itu demam sehari selepas temujanji dan esoknya dikejarkan ke hospital semua dan doktor mengesan paru-parunya berkah@k.
"Seminggu dalam wad, doktor bagi antibi0tik semua tapi tak sembuh juga. Jangk1tan dia itu mula mer£bak sebab dia punya k£s dalam ICU sebelum ini paru-paru juga. Jadi mungkin ada kum@n-kum@n yang baru.
"Terpaksa lalui pelbagai ujian lagi untuk kesan kum@n yang sesuai dengan antibi0tik dia. Dia tak dapat sembuhkan juga. Keadaan paru-paru dia makin kr0nik. Doktor masukkan dia semula ke ICU pada 20 Jun.
"Nur Ara Elisya sus@h nak bernafas hingga terpaksa buat CPR untuk jantung dia digerakkan balik kerana jantung 'dr0p' (menurun) amat kr0nik. Pada Sabtu keadaannya mula ok, dah kembali stabil," tuturnya.
Pada pagi semalam, Rahmad berkata, anaknya kembali mengalami mas@lah pernafasan dengan doktor-doktor utama kebanyakannya cuti dan anaknya melalui proses CPR sekali lagi pada tengahari.
"Sesi sekitar 20 hingga 25 minit. Selepas itu Ainina dipanggil oleh doktor yang beritahu Nur Ara Elisya tak dapat 'recover' dan nak teruskan atau tak?
"Jadi kita pun putuskan dia dah 'survive' terlalu lama. 25 minit kalau tak boleh, kita nak buat apa lagi kan? Ainina pula saya dah brief dia, kita dah beri yang terbaik pada Nur Ara Elisya.
"Kalau apa-apa berlaku pada dia jangan paksa doktor buat sesuatu yang anak kami tak sanggup. Dia sangat kuat dan tak pernah meng£luh pun. Dia sentiasa nampak senyum dan ceria sepanjang masa walaupun dalam kes@kitan.
"Saya dan Ainina berbincang dan berkata pada Nur Ara Elisya, kalau adik rasa dah sampai masa untuk pergi, kami rela melepaskan dan reda," ujarnya yang turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Nur Arieana, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Ainina.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment