"Dia nak pergi umrah ke nak pergi haji ke, itu hal dia dengan Allah. Kita sebagai seorang hambaNya jangan mudah menghukvm. Ingin saya nasihatkan, kalau dia pergi janganlah upload (media sosial) sebab kalau dia buat, akan ada orang yang senang dan ada juga orang yang tak senang dengannya."
Itulah tutur usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dimana dia menasihati sahabatnya, Sajat untuk tidak berkongsikan kepada umum jika dia menunaikan ibadah umrah suatu hari kelak.
Aliff berkata demikian menerusi sesi siaran langsung, berkata, dia memberikan pendapatnya apabila Sajat ada menyuarakan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah sebagai lelaki.
Dalam pada itu, ujar Aliff, kita tidak boleh sewenangnya menghukvm seseorang dan ahli keluarga adalah individu yang tepat untuk menasihati Sajat.
Disamping itu, Aliff memberitahu, Sajat ada meluahkan keinginan untuk pulang ke Malaysia dan dia mengakui bimbang jika sahabatnya akan lebih hanyut jika berada di Australia.
"Setahu saya, dia bukan lagi warganegara Malaysia. Kami selalu berhubung juga, dia sedih dan bila dia telefon saya mesti menangis sebab teringin nak balik Malaysia. Mungkin dia terl@njur dan tak mahu mengulangi kesil@pan. Bantulah dia untuk balik Malaysia.
"Kita sebagai rakyat Malaysia mungkin boleh membantu dia ke arah kebaikan. Saya t@kut kalau dia dekat sana, dia akan lagi h@nyut. Dekat negara sana tu, semuanya boleh dan kita kena doakan yang baik-baik," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment