31 July 2025

AKIB4T JANGK1TAN KUM4N - SATHIA BAKAL JALANI PEMB£DAHAN POT0NG IBU JARI KAKI MALAM INI : "JANGAN RISAU, SEMUANYA BAIK-BAIK SAJA SAYA MASIH HIDUP LAGI... DOAKAN DIPERMUDAH"



"Saya sudah empat hari menerima rawatan di hospital dan akan melakukan pemb£dahan pot0ng ibu jari kaki kanan pada petang ini (Khamis). Saya juga sudah dua hari berpuasa mengikut nasihat doktor. Saya tidak boleh makan dan minum hanya drip air sahaja."

Demikian tutur pelakon Sathia, dimana dia bakal menjalani pemb£dahan memotong ibu jari kaki kanan akib@t jangk1tan kuman di Hospital Ampang, yang difahamkan pada pukul 7 malam Khamis ini.

Sathia atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy, 61, yang sudah empat hari dirawat di hospital sejak Isnin lalu, berkata, dia tidak mengetahui punca jangk1tan tersebut, sebaliknya hanya mengalami kes@kitan pada bahagian kaki secara tiba-tiba.

Jelasnya lagi, dia kini berada dalam keadaan baik dan tidak mahu orang ramai risau mengenai mas@lah kesihatan yang dihadapi.

"Sebenarnya saya pun tidak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba sahaja s@kit pada bahagian kaki dan saya terus pergi ke hospital. Tak mengapalah, kecil punya hal.

Klik untuk gambar besar

"Biasalah s@kit sudah tua. Saya memang ada k£ncing manis, semua s@kit saya ada. Jangan risau, semuanya baik-baik saja saya masih hidup lagi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupannya selepas melakukan pemb£dahan potong ibu jari kaki kanan, Sathia berkata ia tidak mengubah aktiviti hariannya termasuk mencari rezeki dengan berlakon.

"Saya tidak takut kehilangan ibu jari ini dan saya rasa ia tidak akan mengg@nggu kehidupan seharian lebih-lebih lagi untuk bekerja. Terima kasih kerana ambil perhatian, doakan agar urusan pemb£dahan saya dipermudah," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang iaitu Syerleena Abdul Rashid memaklumkan, ibu jari Sathia perlu dipot0ng supaya jangk1tan tidak mer£bak ke seluruh badan, selain turut berkongsi keadaan Sathiya yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
"Dapat sahaja tahu tentang Sathia, saya terus bergegas ke hospital dari parlimen untuk ziarah. Ibu jari kaki kanan kena kum@n dan perlu dipot0ng, kalau tak boleh kena jangk1tan pada badan," tuturnya.

Syerleena yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya, turut berkongsi keadaan Sathiya yang sedang menerima rawatan di wad hospital.

Meskipun kakinya berbalut, Sathia sempat bergurau memberitahu keadaannya baik dan masih boleh bermain bola sepak.

Malah, seorang wanita dipercayai jururawat yang merawat Sathia memaklumkan, pelakon berkenaan perlu berpuasa pada Selasa kerana mengalami tek@nan dar@h tinggi : "Semalam (Selasa) kena puasa, darah tinggi dia (Sathia) tengah naik."

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: