"Saya reda kerana sudah sampai masa dia untuk pergi," tutur penyanyi veteran, Datuk Yusni Hamid, 74, dimana beliau reda kehilangan suami tercinta, Abu Hamid Abd Shukor, 77, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kira-kira jam 4.40 pagi tadi.
Allahyarham Abu Hamid yang dimasukkan ke HKL sejak 20 hari lalu, meninggal dunia akib@t jangk1tan inflamasi pada tisu 0tak atau 'sc£ptic sh0ck secondary'.
Selain itu, Allahyarham Abu Hamid juga mengalami pelbagai k0mplikasi peny@kit, antaranya buah pinggang, g0ut dan kol£strol.
Sementara itu, anak kedua Allahyarham Abu Hamid iaitu Edlynna Hanie, memberitahu, selama bapanya dirawat, arwah sedar dan masih boleh bercakap biarpun lemah.
"Semalam mama datang suapkan ayah. Ayah masih lagi hendak makan tetapi tidak banyak. Ayah juga tak banyak cakap dan keadaannya lemah. Doktor dan jururawat beritahu ayah lebih banyak diam.
"Berikutan keadaan ayah yang kurang baik semalam, doktor lakukan imbasan pada otaknya. Namun, belum sempat keputusan keluar, ayah sudah terlebih dahulu pergi," katanya.
Jelas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) siaran TV1 itu lagi, doktor memaklumkan kesihatan bapanya kurang baik dan memerlukan bantuan oks1gen yang paling kuat, kira-kira jam 9 malam tadi.
Justeru, mereka sekeluarga menemani arwah sehingga kira-kira jam 3 pagi sebelum pulang ke rumah untuk berehat.
"Kira-kira jam 5 pagi, kakitangan hospital hubungi mama dan abang memaklumkan ayah sudah pergi. Padahal, kami baru balik dari hospital jam 3 pagi.
"Kami ingatkan hendak berehat sekejap, tetapi, tidak sangka ayah akan pergi meninggalkan kami," ujarnya.
Jenazah Allahyarham Abu Hamid dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang selepas dikapan dan disolat di Masjid Ukay Perdana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment