"Memang ada yang di dalam hati dan rapat, tapi soal jodoh ini saya tidak tahu. Doa-doakanlah saya. Mengenai ustaz itu saya tak tahu nak cakap apa sebab tuan badan sendiri pun tak tahu. Mungkin sekadar g0sip sahaja itu."
Demikian jelas ibu kepada penyanyi Shila Amzah, 34, iaitu Fauziah Sarman, 57, dimana dia mengulas mengenai dirinya yang dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka bergelar ustaz.
Menjawab mengenai perkara itu, Fauziah mengaku, dia sedang berkenalan dengan seseorang, namun bukan seperti individu yang didakwa.
Akuinya lagi, sejak kembali solo, ada beberapa lelaki yang mendekati dirinya, namun kebanyakan mereka lebih selesa dianggap sebagai rakan berbual.
"Tidak dinafikan ada beberapa individu yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih, sebaliknya sekadar pengubat untuk bercakap dan bersembang.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fauziah berkata, walaupun pernah gag@l dalam perkahwinan yang dibina selama 34 tahun, dia tidak pernah s£rik untuk kembali berumah tangga.
Namun ketika ini, ibu Shila memberitahu, dia mahu menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia sehingga bertemu seseorang yang sesuai.
"Saya tak pernah s£rik untuk kembali berumah tangga, lebih-lebih lagi sebagai manusia biasa kita semua nak hidup berteman, terutama dalam usia begini.
"Anak-anak saya terutama Shila selalu sarankan supaya saya mencari peneman. Anak-anak tiada mas@lah kalau saya mendirikan rumah tangga lagi, mereka nak tengok saya bahagia.
"Tapi kebahagiaan ini bukan hanya pada lelaki sahaja, boleh jadi macam-macam. Sekarang ini saya nak hidup bahagia dengan tenang. Kalau ada rezeki (Kembali berumah tangga) ia seperti bonus untuk saya," katanya.
Untuk makluman, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Datuk ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah Salleh, 63, pada tahun 1989.
Pasangan itu kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 melalui rakaman suara di WhatsApp.
Selain Shila, mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment