"Saya sudah merujuk perkara ini dengan peguam dan kami dimaklumkan mempunyai hak sepenuhnya terhadap lagu-lagu ini.
"Kami tak perlu nak merujuk kepada 4U2C dan mereka boleh menuntut r0yalti mereka sebagai pelaku (penyanyi) dengan Recording Performers Malaysia (RPM).
"Sudah jelas syarikat kami Zman Productions adalah pemilik 'sound audio' dan pemegang hak 25 'sound recording' lagu-lagu 4U2C adalah milik Man Senoi."
Itulah ujar Man Senoi dimana komposer itu berkata, dia dan isterinya, Mama Rap atau Ramziah Mohamed Noor, 62, tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada anggota 4U2C apabila memuat naik lagu-lagu mereka di platform Spotify.
Jelas Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri, 72, lagu-lagu terbabit adalah hak mereka sepenuhnya ia dilindungi oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP),
Berhubung itu, Man Senoi memberitahu, dia sudah menyerahkan lagu-lagu kepada MACP dan menerima ketetapan yang dibuat, selain tidak mahu memanjangkan perkara ini.
Man Senoi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk AC Mizal dan 4U2C pada sidang media berkenaan isu hak cipta lagu anjuran 4U2C dan penganjur Juss Event, kelmarin.
Menerusi sidang media itu, AC meminta agar suara mereka dikeluarkan dan meminta ia digantikan dengan muzik instrumental.
Terdahulu, k0nflik terc£tus membabitkan pengasas 4U2C ini apabila memaklumkan tiada mana-mana pihak sama ada anggota 4U2C, mahupun penganjur menghubunginya untuk meminta kebenaran sedangkan Zman Productions mempunyai hak terhadap 25 lagu nyanyian 4U2C.
Maklum AC lagi dalam sidang media berkenaan, 4U2C akan tetap meneruskan konsert seperti dirancang kerana mendapat kelulusan MACP.
Menurutnya, mereka sudah mendapatkan lesen sah daripada MACP untuk mempersembahkan lagu-lagu terbabit secara langsung diiringi 'live' band.
Jelas AC, berdasarkan Akta Hak Cipta 1987, penyanyi tidak perlu mendapatkan kebenaran pencipta untuk membuat persembahan secara langsung selagi ia tidak mengubah struktur lagu atau menerbitkannya semula dalam bentuk rakaman.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment