01 July 2025

"ANAK-ANAK TINGGAL SERUMAH DENGAN SAYA PUN C£MBURU... MANA ADA BAPA YANG TAK SAYANG ANAK" - FIZO OMAR DEDAH HANYA DIBENARKAN JUMPA ANAK SULUNG 4 HARI SEBULAN



"Anak saya baru 4 orang, cuma bezanya Maryam tinggal dengan ibunya. Masa untuk saya meluangkan waktu dengan Maryam agak terhad kerana dapat bertemu empat hari dalam sebulan.

"Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk jumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.

"Mungkin dia (Maryam rasa macam itu (tidak disayangi). Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun c£mburu bila saya peluk adik mereka."

Itulah kata pelakon Fizo Omar, 40, dimana dia mendedahkan dirinya hanya diberi kebenaran untuk bertemu dengan anaknya, Wan Maryam sebanyak empat hari dalam sebulan sepanjang 8 tahun.

Enggan mengulas mengenai luahan anaknya itu sebelum ini, sebaliknya Fizo beranggapan ianya reaksi normal kanak-kanak, termasuk adik beradik yang lain turut c£mburu jika dia memeluk anak bongsu.

Dalam pada itu, Fizo turut menjelaskan, hubungannya dengan Maryam tiada mas@lah dan bahagia serta dia masih menjalankan tanggunjgawab dalam membahagikan kasih sayang kepada anak-anaknya.

Klik untuk gambar besar

"Kasih sayang semuanya sama, cuma netizen saja yang dakwa anak saya kurang diberi kasih sayang. Hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang Alhamdulillah, siapa yang komen keterlaluan itu mungkin dia kurang kasih sayang.

"Bagi saya asalkan kita tahu menjaga keluarga sendiri dan saya jalankan tanggungjawab ia sudah mencukupi. Tak perlu untuk validasi orang luar," ujar Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar.

Disamping itu, ditanya mengenai komen yang diterima menerusi media sosial, Fizo memberitahu, dia enggan mengambil pusing dengan krit1kan netizen kerana tidak mahu hidup dalam persekitaran t0ksik.

"Mungkin orang yang komen itu tidak berfikir panjang dan tak memahami situasi ini (fasal anak), disebabkan itu saya tak pernah ambil pusing dengan komen di media sosial.

"Lagipun saya sendiri tidak ambil tahu, apatah lagi membaca komen-komen netizen ini. Saya tidak mahu perkara t0ksik seperti ini meng@nggu kehidupan kami seharian.
"Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tak mahu layan omen-komen netizen," tuturnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Maryam meluahkan perasaan sedih menerusi satu sesi siaran langsung di akaun media sosial milik ibunya iaitu usahawan, Mawar Karim.

Dakwa Maryam, dia sudah tidak menyukai bapanya itu kerana kurang meluangkan masa bersama.

Untuk makluman, Maryam merupakan anak hasil perkahwinan Fizo bersama Mawar pada 2013 sebelum bercerai pada 2019.

Kemudian, Fizo kembali bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2, dan seorang lagi anak lelaki yang baharu sahaja dilahirkan pada 17 Jun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: