"Saya tidak merajuk dengan sesiapa pun. Tapi tak tahulah apa yang dorong sampai saya buat keputusan undur diri daripada Elite. Cuma, ketika itu ia memang berlaku dengan kerelaan hati saya sendiri.
"Bukan juga sebab nak aktif berlakon. Saya mula berlakon drama 'Gerak Khas' rasanya pada tahun 2000. Apapun, saya sebenarnya tidak ingat dah bila tahun yang saya keluar daripada Elite."
Demikian jelas Abby Abadi, 48, dimana penyanyi dan pelakon itu mendedahkan, dia pernah tidak mengambil tahu mengenai Elite selepas membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu pada 1997.
Kata Abby, keputusan meninggalkan Elite ketika itu dibuatnya dengan kerelaan diri sendiri dan bukan kerana merajuk dengan sesiapa atau utamakan tawaran berlakon.
Untuk info, Abby terbabit dalam dua album iaitu 'Catwalk' dan 'Tamp@ran' ketika bersama Elite yang ditubuhkan pada 1996 di bawah label KRU, sebelum mengundur diri serta diganti oleh Fiza sebagai ahli baharu.
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, turut memberitahu, selepas undur diri, dia langsung tidak ingin ambil tahu mengenai perkembangan Elite kerana berasa sudah tidak perlu.
Klik untuk gambar besar
"Persahabatan kami semua kekal utuh dan Alhamdulillah juga sekarang saya kembali bersama Elite serta dapat peluang menjayakan konsert pertama kami, Konsert Elite Live '25 selepas hampir 30 tahun ditubuhkan," ujarnya.
Konsert Elite Live '25 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September depan.
Selain Abby dan Azza, tiga lagi anggota asal Elite ialah Shasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.
Abby bersama Elite pernah merakamkan satu lagu baharu berjudul 'Alhamdulillah' pada 2021, tetapi kurang dipublisitikan kerana ketika itu masih penul@ran C0V1D.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment