Sejak pemergian bapa tercinta pada 2016, pelakon Azhan Rani mengakui, dia sudah lama tidak berbaju Melayu setiap kali menyambut hari raya Aidilfitri kerana tidak sanggup dan akan terkenang arwah bapanya itu.
Berkongsi perkara itu menerusi satu p0dcast, pelakon berusia 49 tahun ini turut berkata, dia sudah hilang rasa seronok untuk menyambut hari raya.
"Sebelum ini saya seronok menyambut hari raya dan sayalah yang akan pastikan semua pakai baju raya sedondon.
"Tapi lepas tahun 2016 selepas pemergian arwah abah, saya cuma pakai baju T di pagi raya sebab nak pakai baju melayu pun tak sanggup.
Klik untuk gambar besar
"Saya bahkan tiada 'm00d' untuk pergi beraya kecuali kalau ibu saya mahu berjumpa saudara atau rakan-rakannya.
"Namun, untuk saya pergi beraya rumah orang itu, tidaklah. Sebab saya masih lagi macam terkenangkan arwah abah.
"Bukanlah tidak reda, tetapi saya akan lebih terkesan kalau pergi beraya. Saya jadi teringat arwah," jelasnya.
Dalam pada itu, akui Azhan lagi, dia juga c£mburu melihat mereka yang masih lagi berpeluang untuk berbakti kepada bapa kerana banyak perkara dia tidak sempat dilakukan.
"Bila dah tak dapat salam tangan orang tua yang selama ini menjaga kita, ia merupakan satu kehilangan yang besar.
"Saya selalu c£mburu pada orang yang masih ada bapa, yang boleh pimpin bapa mereka ke sini dan ke sana.
"Pada saya, banyak benda yang saya patut buat pada dia yang saya tak dapat buat. Tapi sekarang ini saya masih ada mak, ini sajalah yang saya ada," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment