"Sebenarnya, saya tak pernah bersara pun dari bidang lakonan. Tapi bila dapat tawaran projek baru, ada saja tidak kena seperti kurang sihat, jadual bertindih dengan kerja lain dan dapat anak pula ketika itu.
"Saya juga mahu bekerjasama dalam projek yang bagus dengan watak berbeza dan mencabar kemampuan dalam lakonan. Memang dari dulu pun, saya sangat memilih dari segi watak kerana tidak mahu lakonan stereotaip serta sentiasa cuba perkara baharu."
Demikian kata pelakon Natasha Hudson, 42, dimana dia mengakui masih belum meninggalkan bidang lakonan, walaupun sudah menetap di Langkawi, Kedah sejak 2021 bersama suaminya, Jay Jasmin.
Jelas Natasha, dia masih menanti naskhah dan projek yang bagus dalam bidang lakonan selepas kali terakhir terbabit dalam drama genre muzikal terbitan Red Communications untuk Prime TV, kira-kira dua tahun lalu.
Selain itu, pelakon filem 'Chermin' ini juga bertindak sebagai pencerita dan menjadi suara latar dalam filem 'Babah' dan dalam masa sama juga aktif sebagai model dan memprom0sikan pr0duk di media sosial.
Disamping itu, berkongsi kehidupannya di Langkawi, Natasha akui bahagia dan bersyukur dengan kehidupan yang lebih tenang dan damai bersama suami dan anak keempatnya, Kaia yang berusia setahun.
Anak keempat itu menerusi perkahwinan kali kelima pelakon berdar@h kacukan Melayu-Australia ini dengan Jay atau nama sebenarnya, Muhammad Harits Jasmin.
"Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan kehidupan di Langkawi yang tenang dengan keindahan alam semula jadinya serta kos hidup lebih rendah.
"Saya dan suami juga sudah tidak dapat sesuaikan diri dengan kehidupan yang s£sak di Kuala Lumpur sebab itu kami pilih menetap di sini," ujarnya.
Namun jelas Natasha, dia masih lagi pulang ke Kuala Lumpur pada setiap bulan untuk bertemu tiga anaknya yang masih bersekolah di sini.
"Anak saya yang sulung, Neesa akan menamatkan sesi persekolahannya dan dua lagi adiknya akan tamat di sekolah rendah. Saya juga berhasrat bawa mereka bersekolah di Langkawi," tuturnya.
Sementara itu, Natasha turut berkongsi, dia dan suaminya menubuhkan 'Surf School' (meluncur ombak) dan 'Archery School' (aktiviti memanah) di Langkawi kerana menggemari dua aktiviti itu.
Bukan itu sahaja, malah kata pelakon itu lagi, dia juga mengajar seramik selepas menimba ilmu selama empat tahun dengan tenaga pengajar dan pakar seramik di Langkawi.
"Saya juga lebih banyak fokus dengan perkara yang lebih 'healing' (penyembuhan) dan 'grounding' yang baik untuk kesihatan ment@l. Aktiviti seperti itu juga lebih menenangkan minda dan fikiran.
"Selain itu, saya banyak buat aktiviti seperti jogging di pantai, pilates dan meluncur ombak selama sejam serta berendam di tepi laut bersama anak," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Natasha memberitahu, juga merancang untuk menganjurkan program 'sisters & hijabi retreat' di Langkawi.
"Program itu untuk menggalakkan kaum wanita dapat pengalaman 'healing' dengan melakukan aktiviti seperti meluncur ombak, bengkel memanah, aktiviti air terjun, sedikit pengisian halaqah dan meneroka Langkawi.
"Semua wanita perlukan ruang untuk diri sendiri dan kawan baru untuk sokongan," kata Natasha yang mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac 2022 dan dikurniakan seorang anak, Kaia, yang kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, memiliki tiga orang anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment