"Saya perlu menjalankan tanggungjawab saya pada kedua-dua anak saya. Anak-anak saya kedua-dua sekarang masih belajar di peringkat 'degree'. Pada awalnya, mereka masuk ASWARA mengambil asasi.
"Saya memang kata kalau anak saya tidak bagus, memang berhenti saja. Tapi mereka cemerlang, Syafiq meraih keputusan CGPA 4.0 sebanyak dua kali dan anak perempuan saya pula meraih antara 3.8 sehingga 3.9.
"Saya tak boleh bagi mereka berhenti, menyuruh cari kerja sebab mereka hanya mempunyai SPM. Kalau tiada ijazah, bagaimana."
Itulah jelas pelakon era 90-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, dimana dia tidak tergam@k menyuruh dua anaknya Siti Qurratu Aini, 37, dan Muhammad Al Syafiq, 36, tinggalkan pengajian demi dahulukan cari kerja.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Dharma memberitahu, dia tiada mas@lahnya menghantar kedua-dua anaknya itu belajar di universiti sebelum ini, namun dengan keadaan sekarang, dia akan tetap galakkan mereka terus habiskan pengajian.
"Semua pensyarah di ASWARA sayangkan anak saya dan mereka katakan anak-anak saya tamat saja 'degree', jadi tutor kemudian baru boleh jadi pensyarah sambil ambil 'master'. Saya syukur dengan semua itu.
"Saya juga menggalakkan mereka belajar dan mendalami bidang perfileman dan penulisan skrip sebab itu adalah kepakaran saya. Selama ini sayalah yang tulis skrip, mengarah dan sebagainya," ujarnya.
Selain itu, Dharma berkata, dia berasa ral@t mas@lah kesihatannya sekarang mengekang rutinnya sebelum ini, termasuklah menghantar -anak-anaknya ke kuliah dan itu antara punca dia tert£kan juga.
Tutur Dharma lagi, dia risaukan nasib mereka sekeluarga yang kini harus mencari rumah baharu atas permintaan pemilik rumah disewanya sekarang dan mereka perlu berbuat demikian sebelum hujung bulan ini.
"Kami tak tahu nak pindah mana lagi, kami masih lagi mencari. Saya belum lagi keluar cari, dan saya akan tanya pihak pengurusan, mana ada kosong di sini untuk kami pindah.
"Saya suka di sini sebab di sini tenang. Rumah ini tiada bayaran tertunggak, semua sudah selesai, sebelum ini saja ada tertunggak.
"Lagipun kami sudah duduk rumah selama tiga tahun, dan k0ntrak rumah ini hanya dua tahun saja," kata Dharma ketika ditemui sewaktu sesi kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave yang hadir memberikan sumbangan wang tunai kepadanya, hari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment