"Kalau saya tak tengok, ramai orang keliling yang akan menghubungi. Saya memang tiada telefon ketika di Sungai Buloh. Warden-warden yang jaga saya, mereka beritahu apa benda yang betul atau tak betul saya buat di luar.
"Perkara ni Alhamdulillah Allah hantar orang orang baik. Saya tiada kerja nak st@lk dia. Sekarang saya sedang sibuk fokus pada bisnes. Daripada saya st@lk dia, baik saya pergi usha jodoh baru.
"Bunga bukan sekuntum. Buat apa kau nak merintih pada orang yang dah r0sakkan hati kau. Bila bina perkahwinan, mestilah nak kekal. tapi tak sangka jadi sampai macam ini."
Demikian ujar pelawak dan pelakon Along Cham yang berkata, dia tidak mengikuti perkembangan yang dikongsikan oleh isterinya, Afreena Suhaimi di media sosial.
Jelas Along lagi, dia tiada masa dia mahu 'st@lk' isterinya itu, sebaliknya dia terima maklumat daripada orang sekeliling serta mahu memberi fokus pada perniagaan serta pr0duk barunya yang bakal dikeluarkan kelak.
Daripada 'st@lk', Along berkata, lebih baik dia mencari jodoh baru serta mengakui tidak sangka rumah tangga yang dibina jadi begini kerana baginya tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai.
Klik untuk gambar besar
Pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, pada Khamis, Along menyerahkan bahan bukti berbentuk rakaman suara isterinya itu yang didakwa berlaku cur@ng.
"Audio berkenaan adalah rakaman daripada rakan baiknya sendiri tentang kecur@ngannya besekedudukan dengan bekas suami di rumah (dibeli Afreena) itu. Malah dia ada rancangan untuk berkahwin balik dengan bekas suaminya itu selepas mereka pernah bercerai talak tiga sebelum ini.
"Anak ada cuba maklumkan tapi dia 'potong' cakap budak-budak mer£pek. Ini juga menjelaskan perkara itu berlaku pelangg@ran taklik kerana cur@ng dan pen1puan," katanya.
Untuk makluman, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan ketiga Afreena selepas melalui dua kali kegagalan dalam ikatan suami isteri.
Manakala, Along pernah berkahwin dengan Zila Saeron pada Januari 2010, namun mereka bercerai pada September 2016. Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki yang kini di bawah jagaannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment