"Saya secara khil@f telah menyebut nama JoBranko dalam temubual tersebut, walhal beliau langsung tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam isu yang saya ceritakan. Saya amat k£sal dan mohon maaf secara terbuka kepada Jo serta semua pihak yang terkesan akibat kekhil@fan saya itu."
Itulah kata komposer dan penulis lirik terkenal, Saari Amri, dimana beliau tampil membuat permohonan maaf kepada gitaris Barbarik, JoBranko selepas mengakui mengeluarkan kenyataan tidak benar dan meng£lirukan dalam sesi temuramah baru-baru ini.
Saari dalam temubual disiarkan di platform YouTube bertajuk "Sembang Pantai Timur – Saari Amri pernah kena khi@nat hilang syarikat rakaman" terbitan THR Gegar pada 12 Jun lalu.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, kenyataan tersebut dibuat secara tidak sengaja tanpa niat untuk memfitn@h atau menga1bkan mana-mana individu, selain turut menjelaskan bahawa sejak mengalami kemal@ngan s£rius pada tahun 1997, beliau kadang kala menghadapi kesuk@ran mengingati fakta.
"Saya amat menghargai keikhlasan JoBranko yang sudi menerima permohonan maaf saya dan memilih untuk menyelesaikan isu ini secara baik. Saya berharap kenyataan ini dapat menghentikan sebarang sp£kulasi serta menjaga nama baik beliau sebagai anak seni yang dihormati," tuturnya.
Sementara itu, peguam kepada JoBranko, Colin Victor George dari Tetuan Colin Victor & Co., menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat semakan terperinci terhadap kenyataan berkenaan dan mendapat pengesahan daripada pihak ketiga bahawa dakwaan yang dikaitkan dengan JoBranko adalah tidak berasas.
"Selepas perbincangan, Saari mengakui kekhil@fannya dan bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, manakala JoBranko pula menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka," ujarnya.
Colin memberi peringatan t£gas kepada orang awam, terutamanya pengguna media sosial, agar lebih berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berbentuk fitn@h.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment