"Saya akui mas@lah str£s menyebabkan berat badan saya turun mendadak. Kalau dulu setiap hari saya keluar bekerja, tapi sekarang tawaran kerja pun tiada.
"Syarikat pr0duksi yang diusahakan pun sudah tiga tahun tidak aktif. Apabila tiada tawaran kerja, tiadalah pendapatan. Bayangkan macam mana nak bayar rumah semua dan anak-anak saya yang masih belajar.
"Kalau ada mana-mana pihak atau sesiapa yang boleh bantu saya bagi 'job', saya rasa masih ada harapan. Lagipun saya masih boleh bawa kereta dan ingatan saya masih baik. Tiada rasa nak pengsan, atau sebagainya.
"Kalau ada pihak yang boleh bantu saya seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk meneruskan program Deko Ibadah, saya sangat hargai.
"Sebab Deko Ibadah musim pertama dapat sambutan sehingga rating mencecah 1.3 juta, malah program 13 episod di TV Al Hijrah itu juga bagus kerana kita buat kerja amal.
"Jadi saya harap sangat ada bantuan untuk saya meneruskan pr0duksi program itu untuk musim seterusnya," ujar pelakon Dharma Harun, 68, yang mengakui, dia mengalami tek@nan dan mas@lah kesihatan selepas tidak lagi mendapat sebarang tawaran pekerjaan sejak tiga tahun lalu.
Kata Dharma atau nama penuhnya, Dharma Harun Al-Rashid, mas@lah yang dihadapi menyebabkan dia kurang selera makan, sekali gus memberi perubahan ketara kepada keadaan fizikalnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Dharma memohon jasa baik penggiat industri seni tanah air agar dapat memberikannya peluang untuk kembali mencari rezeki menerusi bidang lakonan atau penerbitan.
Malah, dia turut berharap program milik syarikat produksinya iaitu Deko Ibadah dapat dijual kepada syarikat televisyen yang berminat.
Selain itu, Dharma menjelaskan, dia mempunyai beberapa peny@kit tapi tidak kr0nik, selain masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Antara mas@lah kesihatan yang dihidapi adalah gastrik, asma, mengalami b£ngkak di jantung dan paru-paru serta tir0id.
Kata Dharma, dalam tempoh tiga bulan, berat badannya menyusut kepada 45 kilogram berbanding dahulu berat badan 85 kilogram (kg).
"Saya ada s@kit jantung memb£ngkak, tapi tidaklah bah@ya. Doktor hanya minta saya jaga kesihatan. Selain itu, paru-paru saya pun ada b£ngkak sikit selain menghidap asma.
"Kalau diikutkan saya ada banyak pantang larang setiap kali nak makan. Jadi Habis saya nak makan apa? Saya bant@i saja dan bila bant@i, malam saja saya kena s£rangan asma. Tengah malam, nafas saya berbunyi tapi ada ubat, saya okay.
"Kemudian, saya ada gastrik. Gastrik ini yang membuatkan saya rasa tak ada selera makan. Jadi bila sudah begini, dari hari ke hari, badan kita memang makin susut. Lapar itu memang ada tapi tiada selera," tutur pelakon filem 'Adik Manja'.
Sementara itu, penyanyi Datuk DJ Dave terkejut melihat perubahan fizikal Dharma selepas foto yang dikongsi anak lelakinya tular di media sosial.
Bagaimanapun, DJ Dave atau nama sebenarnya, Irwan Shah Abdullah, 77, meluahkan rasa gembira apabila berpeluang bertemu pelakon itu di kediamannya di Seasons Garden, Wangsa Maju pada Jumaat.
Ujar DJ Dave, dia berharap pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu memberi semangat buat Dharma untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
"Apa yang saya lihat tiada siapa memberi semangat kepada Dharma dan boleh nampak dia gembira apabila berjumpa dengan saya.
"Saya sudah lama mencari Dharma dan baru-baru ini saya lihat gambar yang dikongsi anaknya. Saya sedih dan terpanggil untuk melawat ke rumahnya.
"Dharma seorang pelakon dan penyanyi hebat. Hari ini (Jumaat), saya gembira dapat memberikan kata-kata semangat buatnya. Saya harap kita doakan agar dia cepat sembuh," katanya yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT)
Berhubung keadaan Dharma, DJ Dave tampil memberikan sumbangan wang tunai RM1,000 buat Dharma supaya pelakon itu dapat membeli makanan berkhasiat untuk kembali bertenaga dan sihat.
"Makanan itu penting, jadi saya berharap dia boleh menggunakan duit sumbangan ini untuk membeli makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Kami harap dengan sokongan yang diberikan dia boleh kembali sihat seperti sedia kala," tuturnya yang turut memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Dharma sekitar lapan tahun lalu sewaktu mereka menetap di kawasan perumahan di Taman Desa, Kuala Lumpur.
Dharma dilaporkan tinggal bersama dua orang anaknya iaitu Syafiq Dharma, 36, dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (Aswara).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment