Pelakon Natasha Hudson atau nama penuhnya, Natasha Liana Hudson, 42, menjelaskan, dia sudah lama memasang niat untuk kembali berhijab, selepas penampilannya yang kembali berhijab baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen di media sosial.
"Umur kita semua pun pendek. Rasanya kem@tian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah. Alhamdulillah, sebenarnya, saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah.
"Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan. Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu.
"Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting," kata Natasha yang turut mengulas mengenai penghijrahannya, dimana dia juga banyak muhasabah diri dari mereka yang berada di sekelilingnya.
"Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah. Kalau kita tidak 'audit' diri, tak mungkin terbuka juga tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah.
"Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu j£ntik tapi seribu makna," ujar pelakon filem 'Chermin' itu dimana, perkongsian mengenai penghijrahan dan penampilannya yang kembali berhijab itu mencur1 perhatian dan mendapat pujian netizen di media sosial.
Pada 2022, penampilan Natasha tanpa bertudung ketika di Cherating, Pahang hangat diperkatakan netizen, malah penampilan pelakon itu yang berniqab turut mendapat perhatian netizen di media sosial pada 2016.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment