"Pengiktirafan dan kurniaan itu jarang diberikan oleh Tuanku Perlis, dan saya sendiri tak sangka akan terpilih. Saya akui masih banyak kekurangan, tapi Alhamdulillah bila kelebihan yang ada diiktiraf, rasa sangat dihargai.
"Saya anggap ini rezeki untuk keluarga dan anak-anak juga," ujar pelakon Fasha Sandha yang menyifatkan penganugerahan Pingat Jasa Baik (PJB) daripada Tuanku Raja Perlis antara momen paling bermakna sepanjang lebih 20 tahun penglibatan dalam dunia seni.
Kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia juga tidak menyangka nama tersenarai sebagai sal@h seorang penerima PJB sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, baru-baru ini.
Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis yang berlangsung di Istana Arau pada 26 Jun lalu.
Klik untuk gambar besar
"Saya t@kut kalau cakap lebih nanti bunyi macam ri@k, tapi saya anggap ia sebagai hadiah daripada Tuanku. Saya sangat berbesar hati menerima kurniaan ini.
"Ia menyunt1k semangat untuk jadi insan yang lebih baik, sebab banyak lagi perkara yang saya nak perbaiki. Saya tak nak janji lebih-lebih, tapi Insya-Allah saya akan tetap menjadi diri saya yang sekarang dan mungkin akan lebih aktif di Perlis selepas ini," tuturnya.
Perkongsian Fasha yang memuat naik gambar sekitar majlis itu di media sosial telah mendapat perhatian apabila dia memilih menyarung semula busana pertunangan miliknya sewaktu menghadiri istiadat rasmi itu yang merupakan rekaan Rizman Ruzaini.
Berhubung itu, Fasha menjelaskan, keputusan tersebut dibuat kerana ingin memenuhi protokol yang ditetapkan pihak istana, selain busana itu hanya pernah dipakai sekali sebelum ini.
"Ada beberapa pilihan baju tapi semuanya tak menepati kriteria protokol istana. Bila fikir balik, baju tunang itu baru pakai sekali, jadi saya rasa elok sangat kalau pakai semula.
"Sebenarnya Rizman pun terkejut saya pakai baju itu. Dia siap pesan banyak kali, kalau nak pergi mana-mana majlis, minta saja baju baharu dengan dia," kongsinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment