02 July 2025

PERNAH LALUI FASA KER4PUHAN JIWA YANG MENCAB4R - AZHARINA KONGSI PERJUANGANNYA MELAW4N KES4KITAN EM0SI



"Saya pernah berada di titik paling kosong dalam hidup. Kehilangan orang tersayang, kec£wa dalam hubungan dan tek@nan sebagai wanita berdikari dalam industri seni benar-benar buat saya hilang arah."
Demikian jelas penyanyi Azharina Azhar dimana dia membuka sisi peribadi yang jarang dikongsi mengenai perjuangannya melaw@n kes@kitan em0si dan bagaimana dia bangkit semula dengan bantuan rawatan pemulihan h0listik bersama figura yang kini dikenali sebagai Dr Hisham Dzakiria atau Dr Healing.

Nama Azharina bukan nama yang asing dalam dunia seni suara tanah air. Dia dikenali dengan vokal lantang dan persembahan penuh em0si, ramai tidak menyangka di sebalik kekuatan yang ditampilkan, penyanyi ini pernah melalui fasa ker@puhan jiwa yang mencab@r dirinya.

Menurut penyanyi lagu 'Elegi Sepi' itu lagi, selama bertahun-tahun dia menyembunyikan luk@ batin itu dengan menyibukkan diri dengan kerjaya.

Tambahnya, sebagai 'gil@ kerja' (workah0lic), dia menjadikan kerja sebagai ruang untuk melarikan diri daripada rasa p£rit yang memak@n jiwa dari dalam, namun apabila keletihan em0si itu memuncak, dia sedar bahawa sesuatu perlu diubah.

"Saya mula menulis jurnal, banyak berdoa dan akhirnya hati saya terbuka untuk mencuba rawatan 'healing'. Ia bukan rawatan biasa, tapi satu proses pemulihan diri yang menyeluruh merangkumi em0si, spiritual, ment@l dan fizikal," jelasnya.

Rawatan bersama Dr Hisham bukan semata-mata sesi bercakap atau kaunseling, sebaliknya membabitkan pendekatan h0listik yang menghubungkan tubuh dan jiwa.

Prosesnya merangkumi penilaian tenaga dalaman, relaksasi, pernafasan sedar, terapi energi, teknik 'grounding' dan pelepasan tr@uma.

"Kadang saya menangis ketika sesi tu. Tapi, itu tanda tr@uma lama mula dilepaskan. Dan bila sesi tamat, saya rasa ringan, tenang dan lapang dada," tuturnya.

Bagi Azharina, 'healing' bukan proses yang berlaku sekelip mata, malah ianya bukan ubat yang memberi kelegaan segera, tetapi satu bentuk penjagaan diri yang berterusan sama seperti kita menjaga kesihatan fizikal.

"Sekarang bila saya rasa penat secara em0si, saya tahu apa yang perlu saya buat. Saya buat sesi susulan untuk kekal seimbang. Sebagai ibu, wanita dan insan biasa, kita semua perlu ruang untuk pulih dan bernafas," katanya.

Pengakuan Azharina ini bukan sekadar kisah pemulihan, tetapi juga seruan kepada orang ramai supaya lebih peka terhadap kesihatan em0si.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: