02 July 2025

ALONG CHAM AKUI TERIMA BUKTI (CUR4NG) DARIPADA BEKAS SUAMI : "DIA LUPA YANG DIA BERKAHWIN DENGAN ARTIS" - AFREENA KATA SIKAP SUKA MEMBURUKKAN ORANG ITU ADALAH TIDAK BIJAK



"Pada awalnya, saya sendiri terp£ranjat apabila mendengar rakaman tersebut, tetapi benda ini hakim perlu dengar. Peguam saya sudah dengar terlebih dahulu sebelum ditunjukkan depan hakim, bukannya secara tiba-tiba.
"Dia lupa yang dia berkahwin dengan artis. Ramai yang datang menyampaikan kepada saya. Saya dapat banyak maklumat tentang itu (cur@ng), bekas suami dia pun ada bagi bukti serta orang yang pernah rapat dengannya."

Itulah jelas pelawak Along Cham dimana katanya, dia terke£ut apabila menerima bukti rakaman suara didakwa berkaitan kecur@ngan isterinya, Afreena Suhaimi yang akan dibentangkan di mahkamah 3 Julai ini.

Tutur Along, peguamnya sudah mendengar terlebih dahulu dan pelawak itu tidak menafikan apabila ditanya mengenai dakwaan bukti gambar Afreena menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki.

Selain itu, akui Along lagi, dia ral@t kerana sebelum mereka berkahwin, tiada pihak memaklumkan mengenai sikap Afreena, selain dia mahu melihat 'pl0t twist' daripada pihak isterinya.

"Saya sedikit ral@t mengapa mereka tidak memberitahu saya tentang sikap Afreena sebelum kami berkahwin. Saya kahwin bukan untuk bercerai. Apabila semua ini sudah berlaku, nasi sudah menjadi bubur.

"Saya tidak mencari segala bukti, tapi Allah yang bantu. Termasuk rakaman suara itu dan perkara ini sangat membantu perjalanan k£s," katanya.

Sementara itu, Afreena tampilmmenasihatkan setiap individu perlu menghormati mahkamah melalui melalui proses perundangan dengan tidak memburukkan pihak lain atau memberi gelaran.

Ujar Afreena yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini, sikap seseorang individu mencerminkan ment@liti dan kematangannya.

"Saya rasa kita tak perlu memburukkan satu sama lain sama ada di mahkamah atau di khalayak umum. Kita sama-sama orang dewasa, selesaikan dengan cara yang bijak dan berhemah.

"Tak perlu panggil dengan nama-nama yang tidak sesuai, kerana itu menunjukkan tahap ment@liti seseorang dan secara tidak langsung menunjukkan sikap tidak menghormati mahkamah," tuturnya.

Disamping itu, Afreena turut menjawab dakwaan dia sengaja melengahkan masa untuk melambatkan proses perceraian ini, Afreena berkata, dia ingin semuanya selesai secepat mungkin.

"Talak dah dilafazkan pada Julai tahun lalu. Jadi, saya tak faham kenapa k£s ini masih tertangguh sampai sekarang. Sepatutnya perkara ini sudah selesai sejak tahun lepas lagi.

"Saya sendiri dah penat. Saya cuma nak selesaikan perkara ini. Tak perlu berpanjangan kerana masing-masing ada kehidupan dan komitmen kerja," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: