02 July 2025

"KALAU NAK BORAK DENGAN ABANG YUSRY ATAU DATUK YUSRY MEMANG SEGAN .. SEBAB BELIAU PENDIAM.." - AZZA ELITE HORMAT LISA SURIHANI SEBAGAI ISTERI



Penyanyi dan pelakon Azza Elite menerusi perkongsian di media sosial, mengakui, sepanjang perkenalan dia bersama Datuk Yusry Abdul Halim, dia segan untuk berbual mahupun bercakap dengan penyanyi itu.

Kata Azza, Yusry seorang yang pendiam sehinggakan 'tidak terkeluar' kata untuk mengajak ahli kumpulan KRU itu untuk bergambar.

"Kalau nak borak dengan abang Yusry atau Datuk Yusry memang segan .. sebab beliau pendiam.. nak tanya bang nak gambar boleh memang tak terkeluor kata," tulisnya.

Dalam pada itu, ujarnya lagi, dia turut menghormati isteri Yusry iaitu pelakon Datin Lisa Surihani dan sebagai wanita dia tidak gemar jika ada wanita lain bercakap dengan suaminya.

Klik untuk gambar besar

"Kalau tak ada apa nak cakap memang tak lah bercakap. Lagipun menghormati isterinya, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang bercakap dengan laki kita, oleh itu kita jangan suka-suka bercakap dengan suami orang," tuturnya.

Sementata itu, Azza berkata, dia turut teruja berpeluang untuk berduet dengan Yusry serta mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajarnya.

"Apa pun, terima kasih Datuk Yusry ajar saya menyanyi masa part saya. Dah la duet dengan dia," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: