02 July 2025

AMEERA KHAN AKUI BAPA BELUM RESTU HUBUNGANNYA DENGAN JEFRI NICHOL : "SAYA SELALU BERDOA SUPAYA ALLAH MENJAGA HUBUNGAN INI... SAYA SAYANGKAN NICHOL SANGAT-SANGAT..."



"Daddy belum lagi, tapi 'soon' Insya-Allah. Bila bercakap pasal daddy, ia membuatkan saya t@kut. Tapi, ini adalah sesuatu yang serius. Insya-Allah nanti, pada masa yang tepat."

Itulah kata pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan yang mengakui, dia masih belum mendapat restu daripada bapanya mengenai hubungannya dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

Ameera yang berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di media sosial, memberitahu, dia hanya mampu berdoa dan meletakkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta mengatakan bahawa dia sayangkan Nichol.

Klik untuk gambar besar

"Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik di sisi Allah. Saya langsung tak pernah berdoa minta yang 'saya nak sangat lelaki ni' dan sebagainya. Saya tak pernah macam itu.

"Saya selalu berdoa supaya Allah menjaga hubungan ini. Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya jika Nichol adalah orangnya.
"Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tetapi saya tidak mahu men£ntang ketentuan Tuhan. Saya percaya di atas ketentuan dan perancangan-Nya terhadap saya. Itu adalah yang pertama sekali," tuturnya.

Meskipun bapa belum memberi restu, Ameera bagaimanapun bersyukur ahli keluarga yang lain sukakan Jefri dan kali pertama hubungannya mendapat reaksi p0sitif daripada keluarga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: