"Niat saya bukan untuk menyerahkan anak kepada ibunya. Sebaliknya, ibu anak itu sendiri memberitahu saya bahawa dia tidak mahu bert£ngkar soal penjagaan anak demi mengelakkan tek@nan kepada anaknya.
"Malah, ibunya berkata, 'tak apa, biar anak saya dengan papa dia.' Ibunya hanya mahu mengetahui perkembangan anak sahaja. Jadi, kepada mengatakan saya tidak mahu menjaga anak tiri. Saya ingin t£gaskan saya bukan orang yang k£jam seperti itu."
Demikian tulis isteri pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 33, yang tampil menjelaskan tujuan dia berhubung dengan bekas isteri suaminya, Zila Saeron sehingga melangg@r syarat yang ditetapkan.
Kata Afreena, dia hanya berkongsi perkembangan anak tirinya, Ahmad Daniel, 14, yang sudah lapan tahun tidak berjumpa ibu kandungnya dan menyangkal dakwaan tidak mahu menjaga.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Afreena tidak menafikan dakwaan melangg@r taklik yang sudah ditetapkan Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, sejak awal perkahwinan mereka, selain berpendapat tindakan suaminya itu seolah-olah ingin memisahkan ibu kandung dengan anaknya.
"Sebelum ni korang tertanya kan taklik itu apa? Inilah dia. Perkara ini keluar daripada mulut dia bukan saya. Saya pun tanya soalan yang sama, sal@h ke? Si ibu yang sudah lapan tahun tak berjumpa dengan anaknya.
"Boleh dikatakan macam dipisahkan pun ada, mestilah ibu itu rindu dengan anaknya?" ujarnya yang turut meluahkan rasa k£sal apabila suaminya itu mengelarkan dirinya dengan pelbagai panggilan yang kurang menyenangkan.
Disebabkan itu, Afreena dilihat kini menggelar suaminya itu sebagai individu yang dikatakan mengambil bahan terlar@ng kerana terlalu banyak berkongsi perkara tidak sepatutnya.
"Hari itu mak lampir, hari ini si p0lan. Ewah ewah melebih pula kau ini. Aku pun tak pernah panggil kau nama buruk. Kaulah terpaling betul, dedah itu ini. Saya lupa, nak hadap pen@gih dad@h bukan mudah, terlalu d£lusi.
"Saya rasa itu sesuai jadi gelaran baru kamu buat sementara waktu, peminat ganja? Sekarang saya faham kenapa kamu suka sangat bercakap... bercakap tanpa henti, macam langit tak ada batas. Sentiasa dalam keadaan 'high'," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment