01 July 2025

TELEFON BIMBIT HILANG KETIKA BAWA ANAK-ANAK BERCUTI DI UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE - YUSRY BERSYUKUR AKHIRNYA DIJUMPAI SEMULA



"Bawa anak-anak ke USS (Universal Studios Singapore) semalam. Kehilangan telefon bimbit di kawasan JP Rapids Adventure. Rasa agak sedih juga. Tapi nak buat macam mana, buat laporan, harap yang terbaik dan bersedia untuk kemungkinan terburuk. Anggap sahaja telefon memang dah hilang."

Itulah kata penyanyi, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim ketika berkongsi pengalaman menc£maskan apabila kehilangan telefon bimbit sewaktu membawa anak-anak bercuti ke Universal Studios Singapore (USS), kelmarin.

Berkongsi perkara itu menerusi media sosial semalam, anggota kumpulan KRU itu turut memaklumkan, bahawa kejadian berlaku di kawasan tarikan JP Rapids Adventure, sal@h satu permainan air yang popular di taman tema berkenaan.

Bagaimanapun, Yusry meluahkan rasa syukur telefon miliknya akhirnya dijumpai selepas isterinya yang juga pelakon, Datin Lisa Surihani menerima panggilan telefon daripada pihak pengurusan USS.

Klik untuk gambar besar

Kata Yusry, kejutan menggembirakan itu diterimanya sekitar pukul 7.45 malam, ketika dia sekeluarga pulang ke rumah saudara mereka di sana untuk makan malam.

"Pada pukul 7.45 malam, isteri saya menerima panggilan telefon dari USS memaklumkan mereka menemui sebuah telefon yang sepadan dengan penerangan saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Yusry juga berterima kasih kepada individu yang menjumpai telefon berjenama iPhone miliknya yang bersarung hitam dan memulangkannya kepada pihak taman tema.
"Kepada sesiapa yang menemui iPhone dengan sarung berwarna hitam dan memulangkannya, moga Allah membalas jasa anda dan murahkan rezeki anda. Terima kasih banyak," tulisnya lagi.

Perkongsian itu menerima reaksi p0sitif daripada pengikutnya yang rata-rata turut tumpang gembira dan memuji sikap jujur individu yang memulangkan telefon itu.

Terdahulu, Yusry dan dua adik beradiknya, Datuk Norman dan Edry Abdul Halim berada di Singapura bagi menjayakan Konsert GenKRU Live in Singapore yang berlangsung pada Sabtu lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: