03 July 2025

"BARU SAYA FAHAM KENAPA ORANG KATA ISTIQAMAH ITU SUK4R" - KILAFAIRY AKUI TERFIKIR BUKA TUDUNG DEK IMAN DAH HUJUNG-HUJUNG



"Kenapa saya rasa nak buka tudung semula? Bila berfikir kembali, kenapa saya perlu puaskan hati manusia. Kita patut buat semua kerana Allah. Bukan manusia. Baru saya faham kenapa orang kata istiqamah itu suk@r."

Demikian ujar pelakon Kilafairy dimana dia mengakui suk@r untuk kekal istiqamah apabila terfikir untuk tidak lagi mengenakan hijab.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, meluahkan perkara itu menerusi media sosial, dimana katanya, ia juga satu keputusan suk@r hanya kerana untuk memuaskan hati orang lain.

Malah menurutnya, dia bagai hilang semangat atau pegangan untuk terus memakai tudung dan dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar dirinya terus diberi kekuatan.

Klik untuk gambar besar

"Hujung-hujung dah iman saya ni. Saya perlukan doa semua. Doa mama dah tiada," tuturnya yang juga memuat naik gambarnya kelihatan seperti selepas menangis apabila menerima pelbagai maklum bal@s peminat.

Menerusi gambar yang dikongsikan, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil itu dilihat seolah tidak lagi memakai tudung.

Apa pun, kita doakan semoga iman Kilafairy kuat dan terus kekal istiqamah dalam menutup aurat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: