"Saya ingin memberikan sedikit penjelasan berhubung isu yang tular membabitkan komen saya sebelum ini berkaitan kumpulan 4U2C.
"Pertama sekali, saya ingin mohon maaf jika ada kenyataan saya yang meny1nggung perasaan mana-mana pihak, khususnya anggota asal 4U2C atau peminat mereka.
"Niat saya bukan untuk memperk£cilkan atau mer£ndahkan sesiapa, tetapi sekadar berkongsi sedikit sejarah berdasarkan pengetahuan saya dalam industri."
Itulah kata Naib Presiden Music Malaysia, Ayob Abdul Majid, 62, dimana beliau tampil dengan permohonan maaf, berikutan masuk campur dalam k0nflik membabitkan komposer Man Senoi bersama kumpulan Rap, 4U2C.
Sebelum ini, Ayob menawarkan diri sebagai orang tengah untuk meleraikan kekusutan antara Man Senoi dan 4U2C berkenaan konsert WE 4U2C Live in Concert yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Dalam pada itu, dakwa Ayob lagi, dia antara individu yang pernah bersama 4U2C beberapa ketika dulu termasuk bersama beberapa anggota asal kumpulan 4U2C, antaranya Datuk AC Mizal sekitar awal 2000.
Klik untuk gambar besar
"Sebagai Naib Presiden Music Malaysia, saya bertanggungjawab memelihara keharmonian dan silaturahim dalam kalangan penggiat seni.
"Maka saya menyeru agar isu ini tidak diperbesarkan dan tidak dijadikan bahan sens@si dalam dunia hiburan," ujarnya yang turut berkata, jika ada rasa tidak puas hati, pintu komunikasi sentiasa terbuka buat semua pihak.
"Elakkan sal@h faham melalui media sosial. Kita semua dewasa dan matang, dan lebih baik jika perkara ini diselesaikan dengan baik secara peribadi atau melalui saluran yang betul.
"Semoga semua pihak dapat mengambil pendekatan yang lebih p0sitif, demi menjaga maruah dan perpaduan dalam dunia seni kita," tuturnya yang merendah diri.
Semalam, pada sidang media isu hak cipta lagu anjuran 4U2C dan penganjur Juss Event, AC Mizal menemp£lak Ayob yang disifatkan mahu menjadi hero dalam isu ini.
Berhubung dakwaan AC itu, Ayob menjelaskan, dia langsung tiada niat untuk menjadi hero dalam konflik yang berlaku antara 4U2C dan Man Senoi, sebaliknya hanya ingin membantu sebagai orang tengah.
"Saya terk£jut apabila nama saya dikaitkan. Saya hanya buat kenyataan untuk menjadi orang tengah meleraikan isu tersebut sebab saya rapat dengan Man Senoi serta mengenali Datuk AC Mizal ini.
"Tak perlu untuk saya jadi hero dan memang tiada niat untuk k£ruhkan keadaan dan menj£jaskan apa-apa. Malah, saya berdoa supaya konsert itu diteruskan.
"Jadi kalau ada kenyataan yang saya tulis menyinggung perasaan AC Mizal, ahli kumpulan 4U2C serta penganjur konsert, saya minta maaf. Saya juga tidak nampak apa kesal@han yang saya buat sehingga boleh kena sam@n," jelasnya.
Dalam pada itu, Ayob yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), memaklumkan, dia terbuka sekiranya diberi peluang untuk bertemu dengan AC bagi menyelesaikan kem£lut tersebut.
Tambah Ayob lagi, dia dan AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, sudah lama berkenalan, selain tidak mahu pengakhiran hubungan mereka sebagai musvh.
"Dalam soal ini, saya sudah berusia, jadi kalau boleh mahukan pengakhiran kami ini sebagai sahabat. Bohonglah kalau tidak terasa (dengan kenyataan yang dikeluarkan).
"Saya pun terg@nggu selepas tengok sidang media semalam. Sedih memang sedih, sebab AC ini saya kenal rapat . Bawa pergi 'show' kemana-mana, tidur sebilik dan sebagainya," ujarnya.
Terdahulu, kontr0versi berkaitan konsert 4U2C mula terc£tus apabila Man Senoi dan isterinya, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert, biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Lebih meng£ruhkan keadaan apabila Ayob dan penyanyi dan komposer, Ajai turut tampil memberikan kenyataan masing-masing yang dianggap menyokong Man Senoi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment