03 July 2025

KONGSI KEADAAN BAPA SEMAKIN KURUS, MOHON TUAN RUMAH BERTIMBANG RASA - ANAK DHARMA HARUN S£LAR CADANGAN HANTAR BAPA KE RUMAH KEBAJIKAN : "DIA TANGGUNGJAWAB SAYA YANG ALLAH BAGI"



"Tak minta banyak, minta tuan rumah faham. Baitulmal nak tolong bayarkan pun dia tak nak kerjasama. Dah tu macam mana? Manalah pelajar mampu nak cari duit banyak-banyak dalam masa singkat."

Demikian kata anak kepada pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, dimana dia memohon jasa baik pemilik rumah memahami keadaan mereka yang memerlukan sedikit masa bagi melangsaikan bayaran sewa.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial, Syafiq dalam pada itu menjelaskan, sebagai seorang pelajar, dia tidak mampu melunaskan bayaran sewa dalam masa singkat, tambahan pula pemilik rumah itu didakwa tidak mahu memberi kerjasama.

Dalam perkongsian itu, Syafiq dipercayai memaparkan perbualan mesej bersama pemilik rumah tersebut yang mahu dia dan bapanya keluar daripada kediaman sewa pada 31 Julai ini.

Klik untuk gambar besar

Menurut perkongsian mesej itu lagi, bayaran sewa tertunggak yang perlu dilunaskan adalah sebanyak RM3,900, namun pemilik rumah mengambil keputusan menolak daripada wang dep0sit berjumlah RM2,600.

Disamping itu, Syafiq yang turut berkongsi foto terkini bapanya, dimana pelakon filem 'Adik Manja' ini dilihat semakin kurus, berkata, dia akan terus kekal p0sitif melalui ujian diterima dan akan tetap menamatkan pelajaran dengan keputusan cemerlang untuk mengubah nasib keluarga mereka.

"Ayah saya semakin kurus, tapi inilah dug@an kami dengan macam-macam mas@lah nak hadapi. Tapi tak mengapa setiap mas@lah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Moga satu hari nanti saya dapat pekerjaan yang baik.

"Sokongan ramai dan doa orang yang buat kami masih bernafas dalam ruang udara s£mpit. Nak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil sahaja dugaan ini, ramai lagi susah di luar sana. Kami kena bersyukur dan tabah," tuturnya.
Dalam pada itu, Syafiq yang menerima pelbagai respon di media sosial, tampil meny£lar tindakan orang ramai yang mencadangkannya untuk menghantar bapanya ke rumah kebajikan.

T£gasnya, dia sedaya upaya akan menjaga bapanya itu dengan baik kerana mengenangkan peng0rbanan Dharma membesarkan mereka adik-beradik.

"Maaf kepada yang bagi idea suruh hantar bapa saya ke rumah kebajikan, saya tidak boleh terima. Bapa saya jaga ker£nah saya dari kecil dan bila dah tua kenapa saya tak boleh jaga dia terutama bila dia s@kit dan tiada isteri?
"Saya hargai kebimb@ngan anda tapi jangan pisahkan saya dan ayah. Macam mana keadaan baik burvk dia, dia tetap ayah saya. Dia tanggungjawab saya yang Allah bagi. Insya-Allah ada jalan untuk mas@lah rumah kami," ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, kisah Dharma dan keluarga menjadi tumpuan ramai apabila dia dikatakan mengalami kesuk@ran membayar tunggakan bayaran sewa rumah sebanyak RM7,500.

Ia susulan dirinya sendiri kini tiada pendapatan tetap dan tidak banyak menerima tawaran kerja disebabkan mas@lah kesihatan.

Dharma juga berdepan mas@lah kewangan apabila program terbitan syarikat produksi miliknya tidak terjual selepas membelanjakan sebuah dana berjumlah RM312,000 untuk tujuan penggambaran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: