24 July 2025

BAWA ANAK-ANAK KELUAR MAKAN - LINDA HASHIM DAKWA BEEGO CUL4S NAFKAH : "BERSERONOK BOLEH TAPI DUIT MAKAN ANAK-ANAK AB4IKAN SETELAH SEKIAN LAMA"



"Mana bapa anak-anak ni? Kalau jumpa tanya dia, tak t@kut ke akhirat esok kena soal macam-macam?

"Berseronok boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama. Duit makan saja pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya. Sekian."

Demikian ujar pelakon Linda Hashim, 41, dimana dia seakan memberi gambaran mendakwa suaminya yang juga pelakon, Beego cul@s menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Dakwa Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, suaminya itu gag@l memberikan nafkah termasuk wang untuk menampung kos perbelanjaan makan dan minum buat tiga cahaya mata mereka.

Linda yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya itu turut memuat naik foto memperlihatkan ketiga-tiga anak mereka sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Linda, termasuk ada yang berkongsi pengalaman kerana mengalami nasib sama.

"Pengalaman saya, anak tiga orang bekas suami tak bagi nafkah. Jumpa anak dekat sekolah diam-diam, lepas itu cakap anak dah besar nanti nak ambil pula."

"Sekarang ini, ramai lelaki tak faham bab tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Bekas suami saya pun sama," itulah antara komne-komen yang tulis netizen.

Untuk makluman, Linda mendirikan rumah tangga dengan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu, sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: